Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada meriah

Festival Jualan Pertengahan Tahun Lazada meriah

  • August 1, 2019
  • 0 comments

Pengguna Lazada juga menikmati pengalaman membeli-belah yang menghiburkan dengan ciri-ciri baharu seperti permainan Guess It yang disiarkan secara langsung, tawaran pra pesanan Chup Dulu dan jaminan pembelian produk terpilih dengan jaminan harga terendah.

Pesta Jualan Pertengahan Tahun itu juga bertepatan dengan pameran Big Baby Fair Tahunan Lazada yang berlangsung lebih dari 5 hari iaitu dari 12 Julai sehingga 16 Julai lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, Lazada berusaha gigih untuk menjadi destinasi gaya hidup harian bagi pengguna di Malaysia dengan menawarkan pelbagai jenis, fungsi dan gaya pada harga yang sesuai.

“Pesta Pertengahan Tahun membawakan tawaran yang terbaik daripada Lazada kepada pembeli dan penjual bagi merancakkan jualan yang lazimnya lebih sunyi dan perlahan.

“Pendekatan itu memberi lebih banyak peluang kepada kami untuk membawakan keseronokan berterusan kepada pembeli dalam tempoh setahun sekali gus meningkatkan prestasi penjual,” katanya.

Sebagai sebahagian matlamat penganjuran Festival Tahun Baru Lazada, peneraju eDagang dapat meningkatkan lagi strategi shoppertainment dengan permainan Guess It yang pertama kalinya serentak di enam negara rantau ini.

Guess It ialah rancangan selama 30 minit dalam aplikasi yang menggabungkan konsep gameshow dengan kandungan livestream yang dihasilkan secara profesional.

Gameshow tersebut menampilkan personaliti hiburan tempatan terkenal seperti Aiman Tino, Harris Baba, Sharifah Sakinah, Sean Lee, Jordan Yeoh, Sherry Alhadad, Nabil Aqil, Shu Faye dan Theeban G sebagai pengacara serta memberikan petunjuk kepada penonton untuk meneka harga produk tersebut.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge