Tengku Zafrul (kanan) bersama Duta Jepun Ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian persefahaman antara JCCI dan FMM. – Foto Bernama KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun melebihi AS$30 bilion tahun ini, didorong oleh sokongan berterusan daripada syarikat Jepun. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sektor swasta di kedua-dua negara menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan tahun ini, walaupun persekitaran perdagangan global mengalami kelembapan. “Apabila kita melihat kepada ekonomi tempatan dan global, kita berharap pertumbuhan (perdagangan Malaysia-Jepun) akan berterusan, tetapi kita masih perlu melihat (kemajuan kerana terdapat) terlalu banyak ketidaktentuan sekarang dalam perdagangan global. “Bagaimanapun, pelaburan adalah isu yang berasingan. Saya fikir (untuk) pelaburan, kami optimis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Ekonomi Malaysia-Jepun di sini pada Rabu. Sumber Post navigation Proton catat 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli Indeks Pelopor catat penurunan marginal pada Ogos
KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangkakan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun melebihi AS$30 bilion tahun ini, didorong oleh sokongan berterusan daripada syarikat Jepun. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, sektor swasta di kedua-dua negara menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan tahun ini, walaupun persekitaran perdagangan global mengalami kelembapan. “Apabila kita melihat kepada ekonomi tempatan dan global, kita berharap pertumbuhan (perdagangan Malaysia-Jepun) akan berterusan, tetapi kita masih perlu melihat (kemajuan kerana terdapat) terlalu banyak ketidaktentuan sekarang dalam perdagangan global. “Bagaimanapun, pelaburan adalah isu yang berasingan. Saya fikir (untuk) pelaburan, kami optimis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Ekonomi Malaysia-Jepun di sini pada Rabu.