Etika sediakan persekitaran kerja selamat

Etika sediakan persekitaran kerja selamat

Pasukan Etika bersama komuniti setempat yang terlibat dalam pameran HSE yang diadakan baru-baru ini.

Pasukan Etika bersama komuniti setempat yang terlibat dalam pameran HSE yang diadakan baru-baru ini.

PENGELUAR minuman halal terkemuka di Malaysia, Kumpulan Etika (Etika) meneruskan usahanya untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat kepada ahli pasukannya dengan meningkatkan kesedaran mereka melalui pameran tahunan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE), baru-baru ini.

Pameran itu juga dibuka kepada orang ramai terutama di kawasan Kajang, Bangi dan Meru dengan tujuan untuk mewujudkan penglibatan positif dengan masyarakat sekitar dan menyampaikan pengetahuan berkaitan kesihatan dan keselamatan kepada mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram berkata, Etika juga komited untuk memastikan penyediaan kemudahan kebajikan yang mencukupi untuk kakitangannya dan orang ramai.

“Pameran tahunan ini adalah untuk menanamkan kesedaran kepada ahli pasukan mengenai kesihatan mereka di samping memulihara persekitaran kerja melalui langkah-langkah keselamatan yang disediakan.

“Kami mengutamakan kakitangan kami kerana mereka adalah kekuatan terbesar syarikat dan kami percaya tiada siapa yang harus diabaikan. Pameran HSE ini memberi peluang yang sama rata kepada semua orang untuk peka terhadap isu kesihatan dan keselamatan kerana kami percaya ia merupakan asas penting dalam menjamin kehidupan yang memperkayakan dan mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat,” kata Santharuban dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setelah lama tidak dapat mengadakan pameran HSE, Etika mengambil langkah lebih jauh dengan melibatkan masyarakat di sekeliling untuk mencapai matlamat pihaknya untuk mempromosikan kesedaran keselamatan dan penyertaan masyarakat.

“Kami percaya melalui inisiatif ini, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk memupuk kesihatan yang baik bukan sahaja untuk ahli Etika, tetapi juga untuk orang lain di persekitaran terdekat kita,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai program turut diadakan sepanjang pameran HSE seperti menderma darah, demo memadam kebakaran, pemeriksaan kesihatan termasuk kesihatan wanita, pemeriksaan pergigian, pelbagai sudut kesedaran keselamatan kesihatan dan ceramah daripada agensi kerajaan untuk mendidik orang ramai mengenai kesihatan, keselamatan dan kesedaran alam sekitar.

“Etika berharap dapat memaklumkan kepada masyarakat tentang bahaya yang boleh berlaku sama ada di tempat kerja atau di rumah untuk mempengaruhi tingkah laku dan pencegahan kejadian mereka,” katanya.

Sumber