Emina Cosmetics produk lulus KKM khusus buat remaja

Emina Cosmetics produk lulus KKM khusus buat remaja

Dr Amanda atau lebih dikenali sebagai 'Dr Unicorn' (tiga dari kiri) bersama pasukan Emina Cosmetics di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, di sini, pada Jumaat.

Dr Amanda atau lebih dikenali sebagai ‘Dr Unicorn’ (tiga dari kiri) bersama pasukan Emina Cosmetics di Karnival Pendidikan Sinar Bestari, di sini, pada Jumaat.

PRODUK penjagaan kesihatan dan kecantikan, Emina Cosmetics Malaysia kini berada di pasaran tempatan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khusus buat remaja berumur 10 hingga 15 tahun.

Doktor Perubatan, Dr Amanda Elli atau lebih dikenali sebagai Dr Unicorn berkata, Emina Cosmetics merupakan jenama produk kecantikan di bawah satu syarikat yang sama dengan Wardah Beauty iaitu PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) dari Indonesia.

“Rangkaian produk Emina memfokuskan kepada remaja berusia 10 hingga 19 tahun contohnya murid sekolah manakala Wardah Beauty pula menekankan kecantikan bagi golongan dewasa.

“Bezanya Wardah Beauty tekankan pigmentasi, tona gelap dan kedutan di seluruh muka manakala Emina Cosmetics pula fokus kepada merawat kulit terbakar, melembapkan dan menjadikan kulit lebih berseri, khusus buat remaja,” katanya ketika ditemui di Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) pada Jumaat.

Pemberian produk percuma daripada Emina Cosmetics buat pengunjung di Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Pemberian produk percuma daripada Emina Cosmetics buat pengunjung di Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Sementara itu, Dr Unicorn turut menerangkan, produk yang sudah dilancarkan sejak dua tahun lalu itu turut menembusi pasaran tempatan seperti Watsons dan platform media sosial seperti Facebook, X serta Instagram.

Beliau berkata, golongan remaja perlu bijak untuk memilih produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang bersesuaian dengan keadan kulit mereka.

“Tidak kira apa-apa produk yang remaja ingin pakai, sila pilih dengan bijak.

“Tolong beli produk yang ada kelulusan daripada KKM seperti Emina Cosmetics,” ujarnya.

Ditanya mengenai sambutan KPSB pada hari pertama, beliau mengakui bertuah menjadi sebahagian daripada penganjuran karnival pendidikan yang terbesar di Selangor.

Ujarnya, karnival selama tiga hari itu menekankan kepada pendedahan dalam pelbagai bidang contohnya Emina Cosmetics yang memberi tips penjagaan kesihatan mudah buat remaja.

“Selain itu, KPSB ini memberi peluang kepada mereka untuk belajar sesuatu perkara yang baharu di luar bilik darjah, bukan hanya di sekolah,” tambahnya lagi.

Sumber