Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Eksport Malaysia kekal stabil, meningkat 23.5 peratus Januari lalu
  • ACTIVITY

Eksport Malaysia kekal stabil, meningkat 23.5 peratus Januari lalu

Helmi Aziz February 18, 2022 3 minutes read
1501788.jpg

SHAH ALAM – Prestasi eksport Malaysia kekal stabil dengan mencatatkan pertumbuhan kukuh dua digit pada Januari 2022, dengan peningkatan 23.5 peratus kepada RM110.7 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, nilai eksport itu juga melepasi paras RM100 bilion untuk bulan kelima berturut-turut sejak September 2021.

Tambah beliau, import juga mencatatkan pertumbuhan dua digit 26.4 peratus kepada RM92.3 bilion, tahun ke tahun, selaras dengan peningkatan eksport.

“Jumlah dagangan turut berkembang 24.8 peratus kepada RM203.0 bilion berbanding Januari 2021.

“Pertumbuhan eksport pada Januari 2022 disokong oleh kedua-dua eksport domestik dan eksport semula. Eksport domestik berjumlah RM90.9 bilion dan menyumbang 82.1 peratus kepada jumlah eksport, meningkat 26.1 peratus.

“Manakala, eksport semula yang bernilai RM19.8 bilion, meningkat 13.2 peratus berbanding Januari 2021. Import meningkat 26.4 peratus kepada RM92.3 bilion dan jumlah dagangan berkembang 24.8 peratus daripada RM162.6 bilion pada Januari 2021 kepada RM203.0 bilion,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lebihan dagangan pada Januari 2022, dengan nilai RM18.4 bilion merupakan lebihan dagangan ke-21 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

“Berbanding dengan Disember 2021 prestasi eksport, import, jumlah dagangan dan lebihan dagangan menunjukkan penurunan masing-masing 10.6 peratus, 0.6 peratus, 6.3 peratus dan 40.6 peratus.

“Pertumbuhan tahunan yang signifikan dalam eksport digambarkan melalui 186 daripada 253 kumpulan barangan menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Bagi import, 208 daripada 257 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif,” ujarnya.

Mohd Uzir

Mohd Uzir

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga melaporkan bahawa peningkatan eksport disumbangkan terutamanya oleh eksport yang lebih tinggi antaranya, ke China (+RM3.8 bilion), diikuti Singapura (+RM2.1 bilion), India (+RM2.0 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.8 bilion), Republik Korea (+RM1.2 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.2 bilion) dan Turki (+RM941.7 juta),

“Peningkatan mengikut juga produk didorong antaranya oleh barangan elektrik dan elektronik (+RM8.1 bilion), minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM3.6 bilion), barangan perkilangan logam (+RM2.0 bilion), keluaran petroleum (+RM1.8 bilion), gas asli cecair (+RM1.7 bilion), kimia dan bahan kimia (+RM1.5 bilion) serta barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.3 bilion).

Menurut Mohd Uzir, DOSM telah mengambil usaha proaktif untuk menyebarkan data perdagangan luar negeri Malaysia terkini yang lebih pantas melalui Buletin Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia dalam tempoh yang lebih awal.

Tambahnya, buletin itu adalah keluaran pertama yang disebarkan dalam masa dua minggu selepas bulan rujukan seperti mana dimaklumkan terdahulu.

Pada masa sama, beliau berkata. DOSM juga sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

“DOSM amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada DOSM serta menjayakan survei ini. Sila layari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut,” jelasnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pahang meterai perjanjian pelaburan RM5.5 bilion
Next: Manulife Malaysia perkenal dua pelan baharu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.