Ekonomi digital Malaysia mampu capai AS$30 bilion menjelang 2025

Ekonomi digital Malaysia mampu capai AS$30 bilion menjelang 2025

Ekonomi digital Malaysia mampu mencapai potensi penuh sebanyak AS$30 bilion (RM139 bilion) dalam nilai dagangan kasar (GMV) menjelang 2025. - Foto 123RF

Ekonomi digital Malaysia mampu mencapai potensi penuh sebanyak AS$30 bilion (RM139 bilion) dalam nilai dagangan kasar (GMV) menjelang 2025. – Foto 123RF

EKONOMI digital Malaysia mampu mencapai potensi penuh sebanyak AS$30 bilion (RM139 bilion) dalam nilai dagangan kasar (GMV) menjelang 2025, menurut laporan yang dikeluarkan secara bersama oleh syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat Google, syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Singapura iaitu Temasek dan syarikat perunding global Bain and Company.

GMV merujuk kepada jumlah nilai barangan atau perkhidmatan yang telah dijual.

Google, Temasek serta Bain and Company dalam satu kenyataan bersama pada Isnin berkata, edisi kelapan e-Conomi SEA mendedahkan bahawa Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam rangkuman digital, dengan memperluaskan sambungan ke kawasan luar bandar untuk merapatkan jurang ketersambungan.

“Peratusan isi rumah yang mempunyai akses internet telah meningkat daripada 76 peratus kepada 97 peratus di kawasan bandar serta daripada 49 peratus kepada 89 peratus di kawasan luar bandar antara 2015 dan 2022,” kata mereka.

Sumber