Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Durioo+ menawarkan rancangan islamik untuk kanak-kanak
  • ACTIVITY

Durioo+ menawarkan rancangan islamik untuk kanak-kanak

Helmi Aziz February 24, 2022 2 minutes read
1538153.jpg

SYARIKAT animasi digital, Durioo memperkenalkan platform penstriman Durioo+ yang menawarkan kandungan kartun dan rancangan berunsur islamik untuk kanak-kanak.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Durioo, Sinan Ismail berkata, Durioo+ akan berfungsi seperti platform penstriman Netflix dengan yuran langganan serendah RM12.90 sebulan.

“Melalui hasil soal selidik yang telah kami buat, ibu bapa menghadapi masalah untuk menyediakan kandungan yang sesuai untuk ditonton oleh anak-anak mereka.

“Ramai ibu bapa termasuk saya berikan anak-anak tengok YouTube sebab tak ada alternatif. Dalam YouTube itu berkemungkinan ada kandungan yang kurang sesuai, iklan dan algoritma yang akan mengarah kepada kandungan yang tidak sepatutnya.

“Di Durioo+ masalah itu tidak ada dan kanak-kanak hanya akan menikmati kandungan bercirikan islamik yang berkualiti tinggi,” katanya dalam sidang media secara maya pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini Durioo+ sudah mempunyai 4,000 pelanggan selepas ‘soft launch’ platform itu pada awal Februari lalu.

Beliau berkata, ia satu permulaan yang positif dan setakat ini Durioo+ telah memuatnaik lebih 120 episod kartun.

“Platform Durioo+ ketika ini sudah berada di iPhone, iPad dan Apple Tv serta laman sesawang Durioo+. Untuk akan datang kami menyasarkan untuk memuat naik 30 video baharu setiap minggu.

“Bagi permulaan buat Durioo Originals, syarikat memperkenalkan dua siri animasi iaitu Little Ammar dan Mina Mila yang sudah boleh ditonton dalam Durioo+.

“Kami juga akan bekerjasama dengan syarikat lain selain melesenkan kandungan daripada penerbit Muslim yang mempunyai kandungan islamik yang menarik,” katanya.

Dalam pada itu, Sinan menjelaskan misi syarikatnya itu dengan menyasarkan 1.9 bilion penonton Islam di seluruh dunia dalam tempoh jangka masa panjang.

“Manakala untuk tempoh tiga tahun daripada sekarang, sasaran kami adalah untuk mendapatkan satu juta pelanggan. Kami harap ia dapat direalisasikan kerana misi kami untuk memberikan impak kepada kanak-kanak amat besar,” katanya.

Sinan Ismail

Sinan Ismail

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Saham, mata wang Asia merosot
Next: EP Borneo menang anugerah peringkat Asia Pasifik dan Asia Tenggara

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.