Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Digi catat untung bersih rendah pada tahun kewangan 2022
  • ACTIVITY

Digi catat untung bersih rendah pada tahun kewangan 2022

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2105212.png
Digi catat untung bersih RM763.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Digi catat untung bersih RM763.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

DIGI.com Bhd (CelcomDigi) mencatatkan untung bersih yang lebih rendah kepada RM763.50 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022) daripada RM1.16 bilion tahun ke tahun disebabkan susut nilai tambahan dan kos kewangan hasil daripada penyelarasan dasar perakaunan dan anggaran, dan pelaksanaan penggabungan, serta Cukai Makmur.

Hasil bagi tempoh itu, bagaimanapun meningkat sedikit kepada RM6.77 bilion berbanding RM6.33 bilion setahun sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Dalam kenyataan berasingan, CelcomDigi berkata, syarikat itu mencatatkan penambahbaikan yang menyeluruh dalam segmen pascabayar, prabayar, gentian dan perusahaan, dipacu oleh gabungan produk Internet berkelajuan tinggi serta memenuhi permintaan Internet yang semakin meningkat daripada pelanggannya.

Ia menambah bahawa purata data bulanan bagi setiap pengguna untuk pelanggan Digi mencapai 24.5GB, meningkat 18.4 peratus tahun ke tahun, manakala pelanggan Celcom merekodkan penggunaan 28GB, meningkat 15 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi menjangkakan pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan data, terutamanya perkhidmatan 4G, disokong oleh penggunaan awal teknologi 5G dan peningkatan penggunaan perkhidmatan digital dan platform.

“Memandangkan prospek ekonomi makro yang mencabar, kami akan menggunakan gabungan kekuatan kami untuk meletakkan diri kami pada masa hadapan, dengan tumpuan segera pada pengukuhan teras dan kawasan pertumbuhan hasil baharu, sambil memberikan pengalaman Internet yang berkualiti kepada pelanggan,” tambahnya.

Syarikat itu berkata, ia juga akan mendapatkan kelulusan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan menukar nama kepada CelcomDigi Bhd pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Jumaat.

Jika diluluskan, pemfailan rasmi mengenai keputusan EGM akan dibuat kepada Bursa Malaysia petang ini, kata syarikat itu. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Impak selebriti acara karpet merah
Next: Jenama Fossil dan Withings tersenarai 10 peranti canggih

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.