Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • DCI tawar kondominium mewah – Sinar Harian
  • ACTIVITY

DCI tawar kondominium mewah – Sinar Harian

Helmi Aziz September 1, 2022 3 minutes read
1890764.jpg

MENAWARKAN fasiliti lengkap dan terletak di lokasi strategik dalam bandaraya Kuala Lumpur, kondominium mewah Datum Jelatek yang terletak di Jelatek pasti memberi pengalaman berbeza selain keselesaan maksimum kepada penghuni.

Berbekalkan seni bina yang unik dan moden, bangunan kondominium mewah itu bakal menjadi pilihan warga kota yang mahu menikmati kemudahan pengangkutan dan gaya hidup di dalam satu kawasan.

Dibina di atas tanah berkeluasan 5.65 hektar berhampiran bangunan ikonik Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, kondominium yang mula dibina pada tahun 2012 itu mempunyai empat menara kediaman dan sebuah pusat beli-belah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datum Corp International Sdn Bhd (DCI), Mohd Azmil Abd Shukor, kondominium mewah berharga RM1.2 bilion itu menawarkan 712 unit kediaman dengan empat jenis pilihan.

Lokasi Datum Jelatek terletak berhampiran LRT Jelatek.

Lokasi Datum Jelatek terletak berhampiran LRT Jelatek.

“Keempat-empat menara kediaman dihubungkan oleh jambatan cincin Sky Ring Bridge berdiameter 176 meter (m) yang diinspirasikan daripada empat pad lily yang mewakili empat menara kediaman.

“Sky Ring Bridge terletak di aras 27 dan merupakan sebuah platform dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, antaranya gimnasium, dewan serbaguna, bilik permainan, studio senaman, perpustakaan, kolam jakuzi, padang golf mini dan kawasan untuk bersantai sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di bilik pameran Datum Galleria pada Khamis.

Selain kemudahan yang dinyatakan, Mohd Azmil berkata, Datum Jelatek turut dilengkapi sebuah kolam renang bersaiz Olimpik dengan konsep infiniti bagi memberi pengalaman berlainan kepada penghuni.

Empat jenis kediaman

Mohd Azmil menjelaskan, Datum Jelatek menawarkan empat jenis kediaman mengikut kesesuaian pembeli iaitu studio (S) dengan keluasan bermula 557 hingga 601 kaki persegi (kp), satu bilik (jenis A: 713 hingga 845 kp), dua bilik (jenis B: 1,271 hingga 1,346 kp) dan tiga bilik (jenis C: 1,604 hingga 1,657 kp).

Unit-unit ini ditempatkan di empat menara iaitu Menara A (41 tingkat), Menara B (35 tingkat), Menara C (35 tingkat) dan Menara D (40 tingkat).

Beliau memaklumkan, fasa pertama menara kediaman telah terjual lebih 50 peratus, manakala baki dua menara lagi akan dibuka untuk jualan secara berperingkat.

“Kesemua unit kediaman dilengkapi dengan pendingin hawa dan kabinet dapur yang siap dipasang mengikut jenis kediaman bagi memberi penjimatan kepada pembeli.

“Harga unit kondominium bermula dari RM600,000 hingga RM2.3 juta mengikut jenis dan setiap rumah mempunyai lot parkir iaitu satu lot bagi kediaman jenis S, dua lot bagi A, tiga lot untuk B dan empat lot bagi C,” katanya.

Pemandangan kolam infiniti di Datum Jelatek

Pemandangan kolam infiniti di Datum Jelatek

Ciri keselamatan lengkap

Mohd Azmil berkata, lokasi Datum Jelatek yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur dikelilingi kemudahan pengangkutan terutamanya tren Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek yang menghubungkan laluan ke pusat bandar.

“Jadi, penghuni kondominium tidak perlu lagi tersekat dalam kesesakan lalu lintas kerana boleh menaiki LRT untuk ke tempat kerja.

Lokasi Datum Jelatek terletak berhampiran LRT Jelatek. Sky Ring Bridge di Datum Jelatek.

Lokasi Datum Jelatek terletak berhampiran LRT Jelatek. Sky Ring Bridge di Datum Jelatek.

“Mereka juga tidak perlu bimbang kerana kondominium ini dilengkapi dengan beberapa peringkat ciri keselamatan serta di bawah pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) 24 jam.

“Setiap unit juga dilengkapi dengan kunci pintu digital eksklusif di pintu masuk utama dengan ciri keselamatan 3 dalam 1,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk miliki unit kediaman Datum Jelatek boleh mengunjungi bilik pameran Datum Galleria di Jalan U-Than bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mengetahui tawaran yang disediakan.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Myra Alam bukan sekadar kediaman
Next: SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN DENGAN KEMPEN #BEBASBERSAMA

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.