Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Daripada kedai papan, kini miliki gedung besar
  • ACTIVITY

Daripada kedai papan, kini miliki gedung besar

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2104658.jpg

SHAH ALAM – Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin menerima anugerah utama bagi Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City di sini malam tadi.

Ameer Ali, 67, yang merangkul trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023 menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai bukti hasil penat lelah yang dilakukan bapanya, Mydin Mohamed pada tahun 1957 membuahkan hasil.

Beliau bagaimanapun berkata, anugerah tersebut bukanlah untuk dibangga-banggakan, sebaliknya sebagai pembakar semangat untuknya dan warga kerja Mydin supaya terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kepuasan pelanggan.

Malah, beliau turut menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu tanggungjawab berat untuk beliau dan warga kerja Mydin supaya dapat mencurah bakti serta berkhidmat kepada masyarakat.

“Saya hanya penerima. Anugerah ini sebenarnya adalah untuk semua keluarga besar Mydin.

“Tidak lupa kepada staf-staf Mydin, disebabkan mereka, Mydin berada pada tahap sekarang dan menerima anugerah ini.

“Terima kasih juga kepada isteri dan ahli keluarga saya yang selalu menyokong,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima anugerah tersebut.

Ameer Ali berkata, rahsia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ialah perlu mempunyai ilmu, disiplin dan keikhlasan, bukan sekadar berniat untuk mengejar kekayaan dengan cepat.

“Perniagaan bukan sekadar untuk kita mengejar keuntu-ngan tetapi minat yang mendalam dan kesungguhan adalah kunci kejayaan sesebuah perniagaan.

Ameer Ali (kiri) dan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kanan) mengiringi Salahuddin pada Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) di Shah Alam, malam tadi.

Ameer Ali (kiri) dan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah (kanan) mengiringi Salahuddin pada Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) di Shah Alam, malam tadi.

“Bagaimana kita dapat memanfaatkan perniagaan kepada masyarakat agar dapat menyumbang kepada ekonomi komuniti dan negara secara keseluruhannya,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, bagi yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal kerana bidang tersebut amat mencabar walaupun mempunyai modal yang besar.

“Dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, tiada apa yang mustahil seperti Mydin yang bermula daripada sebuah kedai papan, kini merupakan rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ameer Ali turut berharap penganjuran BISA menarik minat lebih ramai usahawan tempatan di negara ini untuk terus bekerja kuat dan berjaya dalam bidang per-niagaan.

“Jika saya (menang anugerah) BISA, anda pun semestinya bisa (boleh) menang,” seloroh beliau.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pelajar fesyen UiTM hasil 144 busana kreatif
Next: Jutawan bintang YouTuber – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.