Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan

Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan

Daihatsu telah menangguh sementara penghantaran semua model yang sedang dalam pengeluaran berikutan penemuan isu keselamatan. - Foto AFP

Daihatsu telah menangguh sementara penghantaran semua model yang sedang dalam pengeluaran berikutan penemuan isu keselamatan. – Foto AFP

SUBSIDIARI Toyota Motor Corporation, Daihatsu Motor Co Ltd telah menangguh sementara penghantaran semua model yang sedang dalam pengeluaran, di Jepun dan di luar negara berikutan penemuan isu keselamatan.

Kumpulan itu berkata, Daihatsu telah mentauliahkan siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian, di samping ketidakteraturan lapisan pintu pada April termasuk semasa ujian perlanggaran sisi pada Mei lepas.

Pengeluar kereta itu melalui satu kenyataan pada Rabu berkata, ini merangkumi sejumlah 64 model serta tiga enjin kenderaan daripada keseluruhan model yang sedang dihasilkan, dibangunkan atau dihentikan pengeluaran termasuk 22 model dan satu enjin yang dijual oleh Toyota.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang tercetus ke atas semua pihak berkepentingan, termasuk pelanggan.

Sumber