Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi
  • ACTIVITY

Dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi

Helmi Aziz March 14, 2022 2 minutes read
1627319.jpg

KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia memulakan urus niaga pada minggu ini lebih tinggi, disokong oleh minat belian dalam kebanyakan indeks, kata penganalisis.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.8 mata kepada 1,569.02 berbanding 1,568.22 pada penutup hari Jumaat.

Indeks utama itu dibuka 2.48 mata lebih kukuh pada 1,570.70.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 216 berbalas 131, manakala 187 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 139.36 juta unit bernilai RM73.92 juta.

Sementara itu, menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, Wall Street ditutup rendah selepas didorong oleh saham teknologi dan pertumbuhan yang menyebabkan kemerosotan ketara.

Beliau menambah, pelabur masih lagi bimbang dengan konflik di Ukraine dan pada masa yang sama perhatian turut beralih kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) mesyuarat minggu ini.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 230 mata manakala Nasdaq susut sebanyak 286 mata.

“Kami berpendapat Fed akan mengetatkan dasar monetari tahun ini untuk melawan kadar inflasi yang tinggi.

“Di bursa tempatan, kami menjangkakan sentimen pelabur akan terus tidak menentu walaupun aktiviti memburu saham berharga murah akan muncul. Justeru, kami mengunjurkan FBM KLCI akan berada dalam aliran yang sempit dan berlegar antara 1,560-1,580 untuk hari ini,” katanya dalam nota pada Isnin.

Bagi pasaran minyak pula, minyak sawit mentah susut ke bawah paras RM7,000 dengan minyak mentah Brent kekal tinggi melebihi paras AS$110 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.94, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM9.76, IHH Healthcare menambah dua sen kepada RM6.43, manakala Public Bank susut dua sen kepada RM4.38, Press Metal turun sembilan sen kepada RM6.41 dan CIMB tidak berubah pada RM5.05.

Untuk saham aktif, Green Packet dan Bumi Armada naik 1.5 sen, masing-masing pada 11 sen dan 41.5 sen sementara dan Advance Synergy lemah 1.5 sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 16.15 mata kepada 11,130.74, Indeks FBM Emas Syariah menokok 35.87 mata kepada 11,798.75, FBM 70 bertambah 62.02 mata kepada 13,134.77, Indeks FBMT 100 lebih tinggi 15.34 mata kepada 10,832.56 dan FBM ACE meraih 35.25 mata kepada 5,293.73.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.03 mata kepada 204.72, Indeks Perkhidmatan Kewangan peroleh 11.34 mata kepada 16,261.36, manakala Indeks Perladangan susut 17.56 mata kepada 8,187.14. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: EJEN ALI THE MOVIE DITAYANGKAN DI REPUBLIK UZBEKISTAN
Next: Media Prima Berhad Terima Anugerah Media Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.