CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada 9 Mei, 2023. CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada 9 Mei, 2023. Dalam kenyataannya, kumpulan perbankan itu berkata, ini selaras dengan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada 3 Mei, 2023. Pada masa sama, semua kemudahan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. – Bernama Sumber Post navigation Kenaikan OPR pacu ringgit dibuka mengukuh Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd akan menaikkan kadar asas, kadar deposit tetap/kadar pendapatan pulangan tetap Akaun-i sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa pada 9 Mei, 2023. Dalam kenyataannya, kumpulan perbankan itu berkata, ini selaras dengan pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus pada 3 Mei, 2023. Pada masa sama, semua kemudahan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) akan turut dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. – Bernama