CelcomDigi perkasa 5G pacu pembangunan peniagaan negara

CelcomDigi perkasa 5G pacu pembangunan peniagaan negara

Kesedaran 5G boleh direalisasikan dengan melaksanakan teknologi berkaitan 5G dalam kalangan pihak-pihak berkaitan untuk meneraju kadar penerimagunaan. - Foto Bernama

Kesedaran 5G boleh direalisasikan dengan melaksanakan teknologi berkaitan 5G dalam kalangan pihak-pihak berkaitan untuk meneraju kadar penerimagunaan. – Foto Bernama

SYARIKAT telekomunikasi CelcomDigi mengadakan Persidangan dan Pameran MY5G 2023 dalam usaha mempercepatkan penggunaan rangkaian 5G bagi memacu pembangunan perniagaan di Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Idham Nawawi berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan dalam membangunkan ekosistem digital kepada standard tertinggi antarabangsa termasuk penerimaan rangkaian 5G yang berkesan untuk negara.

“Dengan 5G, kami memasuki era baharu ketersambungan dan kemungkinan perniagaan untuk membangunkan ekosistem digital paling inovatif bukan sahaja dengan mencipta sinergi baharu antara industri yang berbeza, tetapi melaksanakan penyelesaian lebih inovatif.

“Kecekapan dan pertumbuhan membolehkan perniagaan Malaysia bersaing hingga berjaya memacu ekonomi digital hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sumber