Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Capital A gesa kerajaan Asia longgarkan lagi sekatan perjalanan
  • ACTIVITY

Capital A gesa kerajaan Asia longgarkan lagi sekatan perjalanan

Helmi Aziz April 18, 2022 2 minutes read
1667258.jpg

KUALA LUMPUR – Capital A Bhd, syarikat pegangan AirAsia Aviation Group, menggesa kerajaan di seluruh Asia untuk melonggarkan lagi sekatan perjalanan bagi memulihkan semula ekonomi global.

Presiden (komersial) Capital A, Colin Currie berkata, pemulihan semula sektor pelancongan adalah penting untuk menyokong kehidupan penduduk di ASEAN kerana ia menyumbang 13 peratus daripada keluaran dalam negara kasar agregat perkumpulan serantau itu dan enam peratus daripada jumlah pekerjaan.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan di ASEAN yang akhirnya membuka semula sempadan mereka. Ini adalah langkah pertama yang baik untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi.

“Dengan peratusan tinggi penduduk di ASEAN sudah lengkap divaksin, kami percaya sudah sampai masanya untuk mengkaji semula halangan membebankan yang masih menyekat perjalanan udara termasuk pelbagai keperluan ujian sebelum berlepas dan juga semasa ketibaan, kertas kerja tambahan dan insurans perjalanan Covid-19 yang mahal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation, Bo Lingam berkata, keperluan ujian Covid-19, termasuk bilangan dan jenis ujian yang terlibat, perlu sentiasa disemak semula bagi memastikan ia kekal relevan tanpa membebankan pengembara atau menjejaskan kesihatan awam.

“Pemulihan global bagi perjalanan udara sedang bermula sekarang. Kami gembira banyak negara telahpun memudahkan urusan perjalanan dan lebih mesra pelancong.

“Negara-negara yang berusaha keras untuk mengekang pandemik itu dan bukan sebaliknya menanganinya, seperti yang kita lakukan bagi penyakit lain, berdepan risiko terlepas manfaat ekonomi yang besar,” katanya.

Bo berkata, AirAsia terus memainkan peranannya dalam usaha pemulihan semula dengan mencari cara bagi menjadikan perjalanan udara lebih mampu milik dan tanpa sebarang masalah bagi tetamunya, termasuk prosedur tanpa sentuh sepenuhnya di lapangan terbang dan semasa penerbangan.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan masing-masing, pengawal selia dan rakan kongsi industri di Asia dan Asia Pasifik dan berterima kasih atas sokongan mereka ketika kita saling bekerjasama untuk mengurangkan halangan perjalanan udara bagi merangsang permintaan dan membantu memulihkan ekonomi secara keseluruhan,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Celcom tawar penjimatan hebat dan internet tanpa had
Next: Malaysia Airlines tingkat penerbangan tambahan ke Sabah, Sarawak

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.