Bursa Malaysia terus catat kenaikan menjelang Belanjawan 2024

Bursa Malaysia terus catat kenaikan menjelang Belanjawan 2024

Gambar hiasan - Foto Bernama

Gambar hiasan – Foto Bernama

PRESTASI semalaman Wall Street yang lebih baik terus membantu melonjakkan dagangan Bursa Malaysia untuk dibuka tinggi pagi ini meskipun pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan Belanjawan 2024 esok.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 4.95 mata untuk mencatatkan paras 1,441.44 daripada 1,436.49 penutup Rabu.

Indeks utama dibuka pada 1,437.96, meningkat 1.47 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 168 berbalas 140, manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,793 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Sumber