
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.31 mata kepada 1,491.17 daripada 1,486.86 pada Rabu. Foto hiasan
BURSA Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam persekitaran sesi dagangan rendah berikutan peniaga menunggu data inflasi baharu hari ini.
Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.31 mata kepada 1,491.17 daripada 1,486.86 pada Rabu.
FBM KLCI dibuka tinggi 0.29 mata kepada 1,487.15.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 189 berbanding 145 manakala 291 kaunter tidak berubah, 1,593 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.