Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian semasa harga rendah

Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian semasa harga rendah

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Khamis lebih tinggi berikutan belian semasa harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam. - Gambar hiasan

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Khamis lebih tinggi berikutan belian semasa harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam. – Gambar hiasan

BURSA Malaysia mengakhiri dagangan pada Khamis lebih tinggi berikutan belian semasa harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.30 peratus atau meningkat 4.44 mata kepada 1,439.77 daripada 1,435.33 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh 0.61 mata kepada 1,435.94 sebelum bergerak antara 1,435.86 dan 1,441.35 sepanjang sesi dagangan.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 575 kepada 300, manakala 425 kaunter tidak berubah, 1,050 tidak diniagakan dan 14 lain digantung dagangannya.

Sumber