Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang data IHP AS

Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang data IHP AS

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kurang menggalakkan, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data IHP AS esok. Gambar hiasan

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kurang menggalakkan, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data IHP AS esok. Gambar hiasan

BURSA Malaysia ditutup rendah sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kurang menggalakkan, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) esok.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI merosot 11.97 mata kepada 1,486.86 daripada 1,498.83 pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.03 mata kepada 1,497.80 dan bergerak antara 1,486.72 dan 1,497.80 sepanjang hari.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 588 berbanding 359 manakala 497 kaunter tidak berubah, 775 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Sumber