Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut

Helmi Aziz April 22, 2022 2 minutes read
1671661.jpg

BURSA Malaysia dibuka tinggi sebelum menyusut kemudiannya apabila pelabur menjauhi pasaran untuk seketika menjelang penerbitan data inflasi Malaysia lewat Jumaat.

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.22 mata kepada 1,597.10 daripada penutupan Khamis pada 1,598.32.

Indeks utama dibuka pada 1,598.07.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 245 berbanding 122, manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,702 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 141.88 juta bernilai RM72.11 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, ekuiti Amerika Syarikat (AS) susut apabila aktiviti pengambilan untung muncul berikutan hasil 10 tahunnya yang lebih tinggi, melepasi paras 2.9 peratus dan ini telah mengimbangi satu lagi kumpulan pendapatan korporat yang kukuh.

Purata Perindustrian Dow Jones (Purata DJI) kerugian 369 mata manakala Nasdaq merosot sebanyak 278 mata.

“Bagaimanapun untuk hari ini, kami berpendapat indeks itu mungkin menghadapi halangan memandang keadaan tidak menentu serantau yang kian ketara. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks akan bergerak dalam julat 1,590-1,605 hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pak Leng berkata kebimbangan dari segi bekalan sekali lagi mendorong harga minyak mentah lebih tinggi apabila minyak mentah Brent bergerak melebihi AS$108 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM8.90, Public Bank naik satu sen kepada RM4.68, Petronas Chemicals meningkat lapan sen kepada RM10.46, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.54 manakala Press Metal susut 13 sen kepada RM6.46.

Bagi saham aktif, Sapura Energy susut setengah sen kepada empat sen, manakala Pertama, KNM, Saudee dan Widad tidak berubah, masing-masing pada 90.5 sen, 17 sen, 6.0 sen dan 36.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 turun 19.42 mata kepada 11,104.22, Indeks FBM Emas lebih rendah sebanyak 22.27 mata kepada 11,462.03, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 34.69 mata kepada 12,099.79, FBM 70 menguncup 68.68 mata kepada 13,779.97 dan FBM ACE jatuh 26.36 mata kepada 5,777.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.76 mata kepada 215.79 dan Indeks Perladangan susut 8.84 mata kepada 8,596.26 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan berkembang 4.95 mata kepada 16,716.82. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AMARAN ABIGAIL BUAT PLAYER DI LUAR SANA DALAM ‘TRAPS’
Next: PR1MA Memperkasakan Agenda Malaysia Berdaya Huni Melalui Skim PR1MA Rent-To-Own

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.