Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan berhati-hati
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan berhati-hati

Helmi Aziz April 5, 2022 2 minutes read
1651209.jpg

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa dalam dagangan berhati-hati, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang kukuh akibat peningkatan saham-saham teknologi selain prospek lebih banyak sekatan dikenakan ke atas Rusia.

Pada jam 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.65 mata kepada 1,599.57 daripada 1,598.92 pada akhir urus niaga pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 2.74 mata kepada 1,601.66.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 258 berbanding 100 manakala 250 lain tidak berubah, 1,629 tidak berubah dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 153.20 juta bernilai RM76.27 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata FBM KLCI mencatat prestasi lebih rendah berbanding pasaran serantau dengan indeks utama diniagakan di bawah 1,600 susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih semalam.

“Kami menjangkakan pasaran kekal tidak menentu dalam masa terdekat ini ketika pelabur terus memantau perkembangan membabitkan tindakan negara-negara Barat melaksanakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.

“Bagaimanapun, risiko penurunan itu diunjur dapat ditampung dengan aliran masuk dana asing secara berterusan,” katanya.

Firma pembrokeran itu turut mengulas tindakan Kesatuan Eropah yang menerima vaksinasi Covid-19 Malaysia dan disifatkan sebagai amat positif bagi kemajuan sektor penerbangan negara.

Bagi komoditi, minyak mentah serta minyak sawit mentah (MSM) kekal diniagakan tinggi seiring dengan permintaan global yang kukuh.

Menurutnya, peningkatan semula harga niaga hadapan MSM akan menyaksikan saham-saham perladangan diniagakan tinggi hari ini.

“Pelabur juga dijangkakan memberi tumpuan ke atas sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah susulan janji niaga berkaitan lebuh raya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM8.98, Petronas Chemicals dan IHH Healhcare masing-masing menambah satu sen kepada RM9.71 dan RM6.29 manakala Public Bank dan CIMB Group masing-masing susut satu sen kepada RM4.69 dan RM5.29.

Bagi saham aktif, BCM Alliance dan Techna-X naik setengah sen kepada empat sen dan 8.5 sen, Pappajack meraih 1.5 sen kepada 47.5 sen, Sapura Energy dan Top Builders masing-masing tidak berubah pada empat sen dan dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 17.62 mata kepada 11,161.83, Indeks FBM Emas menambah 20.27 mata kepada 11,500.43 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 46.80 mata kepada 12,126.33.

FBM 70 pula melonjak 75.24 mata kepada 14,016.34 dan FBM ACE meraih 7.66 mata kepada 5,778.72.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.05 mata kepada 208.46, Indeks Perladangan naik 38.28 mata kepada 8,118.60 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.96 mata kepada 16,795.11. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PERTAHAN PRIVASI DATA RAKYAT
Next: Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.