BURSA Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kata seorang peniaga. Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.60 mata kepada 1,441.30 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.90. Indeks penanda aras dibuka 1.86 mata lebih rendah pada 1,440.40. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 177 berbanding 97 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 76 digantung. Sumber Post navigation Ringgit dijangka naik minggu depan berikutan sentimen semakin baik SELBIZ 2023 jana jualan RM2.27 juta
BURSA Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kata seorang peniaga. Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.60 mata kepada 1,441.30 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.90. Indeks penanda aras dibuka 1.86 mata lebih rendah pada 1,440.40. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 177 berbanding 97 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 76 digantung.