Brand’s Suntory perkenalkan Fasha Sandha sebagai duta baharu InnerShine

BRAND’S Suntory (Malaysia) Sdn Bhd, menyasarkan untuk mencapai lebih ramai pengguna menikmati manfaat kecantikan menerusi InnerShine, dalam usaha memenuhi pasaran kecantikan.

Pengurus Jenama Kanan Innershine, Lam Hui Min berkata, semua orang ingin kelihatan cantik dan kecantikan semula jadi boleh dikekalkan sekiranya dijaga dengan pengambilan nutrien yang betul.

“Dengan InnerShine, pengguna boleh mencapai kecantikan holistik yang menjadikan kulit berseri secara semula jadi selain mengekalkan keremajaan kulit menerusi manfaat kandungan antioksida dalam pati beri.

“Dengan pengenalan pelakon Fasha Sandha sebagai duta jenama untuk rangkaian InnerShine, diharap ia dapat membantu meraih capaian lebih ramai pengguna,” kata Hui Min.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *