Bolehkah mengecas gajet peribadi di masjid?

Bolehkah mengecas gajet peribadi di masjid?

GAJET atau bahasa mudahnya telefon pintar atau tab semacam sudah menjadi keperluan dalam kehidupan kita hari ini.

Boleh dikatakan tidak lengkap hidup kita kalau tiada gajet.

Adakalanya bila tertinggal ‘powerbank’, kita buntu untuk mencari tempat mengecas terutama jika berada di luar.

Apabila singgah ke rumah ALLAH untuk menunaikan solat, ada yang mengambil peluang itu untuk mengecas telefon peribadi masing-masing di masjid.

Persoalannya, bolehkah begitu? Bukan ke masjid itu rumah ALLAH dan setiap apa yang ada di dalamnya adalah diwakafkan?

Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam.

Oleh itu, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.

Rasulullah SAW amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid.

Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hal ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah.

Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan sia-sia, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.

Bagi mereka yang menggunakan harta masjid, disunatkan untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.

(Sumber: Al-Kafi #760: Mengecas Gajet Persendirian di Dalam Masjid, Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *