Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • BNM gesa ketidakpadanan bekalan, permintaan perumahan diatasi
  • ACTIVITY

BNM gesa ketidakpadanan bekalan, permintaan perumahan diatasi

Helmi Aziz February 11, 2022 2 minutes read
1493922.jpg

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menekankan keperluan untuk melihat isu perumahan termasuklah menangani ketidakpadanan bekalan dan permintaan yang meruncing dalam pasaran perumahan serta menambah baik ketelusan harga rumah.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pemilikan rumah tidak boleh diatasi dengan pembiayaan semata-mata kerana banyak rumah telah menjadi terlalu mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

“Kita juga perlu menangani perkara ini walaupun kita memulakan penyelesaian yang lebih inovatif termasuk menangani ketidakpadanan bekalan dan permintaan yang meruncing, meningkatkan ketelusan harga rumah serta memastikan pasaran sewa yang lebih banyak disediakan untuk mereka yang tidak bersedia atau tidak mahu memiliki rumah,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan baharu dalam kemudahan pinjaman kerana bank pusat itu diminta oleh kerajaan untuk menyemak semula model pembiayaan rumah bagi memudahkan pemilikan rumah oleh kumpulan berpendapatan M40 dan B40.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta institusi kewangan memudahkan akses kewangan kepada kumpulan B40 dan M40 bagi membolehkan mereka membeli Projek Perumahan Rakyat dan rumah mampu milik.

Nor Shamsiah berkata, bank telah menyokong inisiatif pemilikan rumah dengan kelulusan pinjaman lebih RM60 bilion kepada pembeli rumah kali pertama pada 2021.

“Daripada jumlah ini, lebih 60 peratus pinjaman baharu (telah) diluluskan untuk hartanah berharga RM500,000 dan ke bawah. Selain itu, terdapat juga banyak skim jaminan untuk menyokong pemilikan rumah, terutamanya untuk kumpulan berpendapatan rendah.

“Tetapi kami faham bahawa sejak pandemik, banyak perkara telah berubah termasuk realiti mengenai permintaan perumahan. Model pembiayaan juga mungkin perlu diselaraskan. Sebagai contoh, apabila kerja dari jauh menjadi kebiasaan, bakal pembeli mungkin terbuka untuk membeli hartanah di luar pusat bandar,” jelasnya.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tempoh permohonan URUS dilanjutkan: BNM
Next: Keadaan ekonomi terburuk negara telah berakhir: Tengku Zafrul

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.