BNM akan pastikan ringgit diselaraskan secara teratur – Gabenor

BNM akan pastikan ringgit diselaraskan secara teratur – Gabenor

Abdul Rasheed - Foto Bernama

Abdul Rasheed – Foto Bernama

BANK Negara Malaysia (BNM) akan melaksanakan sebarang langkah perlu untuk memastikan ringgit terus diselaraskan secara teratur, yang membolehkan urusan perniagaan dipermudah.

Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, bank pusat menyediakan beberapa langkah pasaran yang boleh dimanfaatkan untuk merangsang ringgit sekiranya perlu.

Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita di luar Persidangan Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) bertemakan ‘Journey to Zero’ di sini hari ini, beliau tidak berkongsi perincian mengenai langkah itu.

Abdul Rasheed berkata, walaupun paras ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah mencapai paras seperti semasa krisis kewangan Asia, negara tidak mengalami situasi krisis berdasarkan asas teguhnya yang digambarkan antaranya oleh pertumbuhan ekonomi dan sistem perbankan dengan permodalan kukuh.

Sumber