Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Beli belah di Mydin, tebus ganjaran guna Boost
  • ACTIVITY

Beli belah di Mydin, tebus ganjaran guna Boost

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1885839.jpeg

PELANGGAN yang membeli-belah di pasar raya Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berpeluang menebus ganjaran menarik dan pulangan tunai (cashback) sebanyak 10 peratus apabila membuat bayaran menggunakan aplikasi Boost bermula hari ini (Rabu).

Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin berkata, kempen dijalankan sehingga 20 November itu disertai oleh 16 jenama dengan kerjasama aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital tersebut.

Menurutnya, kerjasama dengan pihak Boost menjadi terjemahan kepada komitmen pihaknya dalam menjayakan aspirasi kerajaan iaitu menjadikan ekosistem perniagaan yang inovatif, mudah dan berdaya maju.

“Kerjasama dengan Boost ini turut menjanjikan tawaran, rebat istimewa dan ganjaran untuk membeli-belah dengan mudah dan selamat.

“Saya yakin kolaboratif antara Mydin dengan Boost sebagai syarikat tempatan akan membawa manfaat positif kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pelanggan Mydin dan pengguna aplikasi Boost,” katanya ketika merasmikan kempen tersebut di Mydin USJ di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Ahimmat berkata, pelbagai peraduan dan diskaun menarik ditawarkan kepada para pelanggannya bersempena dengan Kempen Ulang Tahun Mydin ke-65.

“Sempena kempen tersebut, kami bekerjasama dengan 84 jenama menerusi pelbagai peraduan dan tawaran diskaun sehingga 30 Oktober tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berbesar hati dipilih sebagai rakan kongsi eksklusif bagi meraikan kempen Ulang Tahun Mydin ke-65 bersama rakyat Malaysia di seluruh negara.

Bagi memeriahkan kempen tersebut, beliau turut memaklumkan pelanggan Mydin yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 menggunakan aplikasi tersebut dalam tempoh sebulan berpeluang memenangi kredit Wallet Rakan Kongsi RM200 Mydin pada platform tersebut.

Katanya, seramai 100 pemenang akan dipilih setiap bulan berdasarkan saiz pembelian di Mydin menggunakan aplikasi tersebut.

Selain itu, pengguna Boost juga akan memperoleh Boost Stars untuk memastikan penjimatan dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

“Boost Stars boleh digunakan untuk menjimatkan sehingga RM10 pada setiap bil isi rumah melalui ciri ‘Pay With Stars’ kami.

“Mereka boleh menebus sehingga RM210 kredit untuk barangan runcit, petrol, dan membeli-belah dalam talian setiap bulan melalui ‘BoostUP Rewards Catalogue’.

“Kami sentiasa menyasarkan memperkaya kehidupan setiap rakyat Malaysia menerusi digitalisasi dan percaya kerjasama ini adalah satu cara untuk kami menyumbang semula kepada masyarakat,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Peka dengan risiko influenza – Sinar Harian
Next: Lazada sasar pasaran Eropah – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.