Bau badan penyebab digigit nyamuk

GIGITAN nyamuk akan menimbulkan bekas berupa benjol dengan warna merah serta rasa gatal. Lebih teruk dari itu boleh menjadi kudis dan parut.

Bila digigit nyamuk pasti anda tak berhenti menggaru, serius rasa tak selesa.

Tak ada sorang pun manusia yang suka apabila digigit nyamuk. Seperti anda tahu, pelbagai penyakit berpunca daripada gigitan nyamuk. Antaranya; demam denggi, malaria, virus zeka serta penyakit kaki gajah.

Memetik laporan Daily Mail, terdapat di kalangan saintis yang mendapati nyamuk lebih tertarik kepada golongan manusia yang menghidap malaria.

Berbeza dengan sekumpulan penyelidik dari Sweden, mereka berjaya mengenal pasti bau yang terhasil daripada parasit malaria yang hanya boleh dikesan oleh nyamuk.

Malaria berpunca daripada parasit dan ia disebarkan oleh nyamuk.

Universiti Stockholm, Sweeden turut menerbitkan sebuah jurnal sains hasil dari penyelidikan itu.

Sumber: CARI



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *