Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bank Rakyat diminta tambah peruntukan koperasi, PKS
  • ACTIVITY

Bank Rakyat diminta tambah peruntukan koperasi, PKS

Helmi Aziz March 14, 2019 2 minutes read
223990.jpg

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan (MED) meminta sebuah agensi di bawahnya, Bank Rakyat, meningkatkan peruntukan pembiayaan perniagaan koperasi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada 30 peratus dalam beberapa tahun akan datang.

Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata pada masa ini peruntukan pembiayaan bagi koperasi dan PKS hanya 10 peratus sahaja.

“Bank Rakyat perlu melihat semula peruntukan pembiayaan yang ditawarkan supaya memberi lebih fokus kepada bantuan perniagaan koperasi dan pembiayaan PKS.

“Setakat ini, sebanyak 90 peratus pembiayaan oleh Bank Rakyat adalah dalam bentuk pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) mengenai usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan ramai rakyat Malaysia dalam koperasi bagi mencapai matlamat membudayakan gerakan itu.

Mohd Redzuan berkata MED telah melancarkan Rangka Kerja Keusahawanan Negara pada November 2018 yang menggariskan hala tuju gerakan koperasi di bawah teras strategik ketiga iaitu memperkasa keusahawanan dalam kalangan B40 yang akan memacu koperasi sebagai penggerak utama ekonomi dan keusahawanan sosial.

Setakat ini, aktiviti koperasi yang paling banyak menyumbang kepada jumlah perolehan dan Keluaran Dalam Negara Kasar adalah perbankan dan kredit,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan perangkaan pada 2017, sejumlah 589 koperasi perkhidmatan kewangan atau 4.24 peratus telah menyumbang perolehan sebanyak RM33.45 bilion atau 83.12 peratus.

Pada 2018, sebanyak 14,245 koperasi berdaftar di Malaysia dengan 6.5 juta anggota, bermodal syer sebanyak RM14.78 bilion dan nilai aset berjumlah RM140.39 bilion. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Percutian yang menjimatkan
Next: Maksud tersirat di sebalik genggaman tangan lelaki

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.