Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Campaign
  • Bank Islam Tawar Bantuan Kewangan & Pembiayaan Pemulihan melalui Program Prihatin Banjir
  • Campaign
  • Community

Bank Islam Tawar Bantuan Kewangan & Pembiayaan Pemulihan melalui Program Prihatin Banjir

Helmi Aziz November 29, 2024 2 minutes read
Bank Islam Logo

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah mengumumkan pelancaran semula Program Prihatin Banjir, yang bertujuan untuk membantu pelanggan pembiayaan yang layak dan terjejas akibat banjir yang melanda beberapa kawasan di seluruh Malaysia. Program ini menawarkan peluang penangguhan ansuran bulanan sehingga enam (6) bulan untuk pelanggan Pembiayaan Rumah, Peribadi, dan Kenderaan-i yang terkesan oleh bencana ini, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Bank Islam juga menyediakan perkhidmatan penggantian kad kredit, kad debit-i, dan buku cek yang rosak atau hilang akibat banjir secara percuma.

Bagi menyokong perniagaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) yang terjejas, Bank Islam menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Melalui kemudahan ini, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan yang rosak akibat banjir, termasuk kilang dan mesin, serta menyediakan modal kerja yang diperlukan.

Moratorium sehingga enam (6) bulan juga ditawarkan kepada pelanggan PKS Bank Islam sedia ada yang terjejas di kawasan yang dikenal pasti oleh NADMA. Bantuan kewangan ini terbuka kepada semua kemudahan kredit dengan pembayaran berjadual atau berdasarkan kontrak, terutamanya untuk Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kredit Berpusing, Kemudahan Garis Tunai, dan Kemudahan Perdagangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Dato’ Mohd Muazzam Mohamed, berkata, “Kami sentiasa memantau situasi semasa di kawasan yang terjejas. Kami sangat prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelanggan kami, oleh itu kami mengambil langkah proaktif untuk memastikan proses permohonan dan kelulusan dijalankan dengan mudah dan tidak membebankan mereka.”

“Komitmen Bank Islam terhadap kesejahteraan komuniti adalah keutamaan kami. Kami berharap dengan adanya Program Prihatin Banjir dan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas ini, ia dapat meringankan beban kewangan pelanggan kami pada waktu yang sukar ini,” tambah beliau.

Pelanggan yang ingin memohon bantuan kewangan melalui Program Prihatin Banjir boleh berurusan dengan cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga (3) bulan selepas insiden berlaku.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Prihatin Banjir, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Islam di www.bankislam.com atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di contactcenter@bankislam.com.my atau 03-26 900 900.

Pelanggan yang terjejas dalam sektor Pembiayaan Perniagaan-i juga boleh membuat pertanyaan atau permohonan bantuan melalui cawangan Bank Islam terdekat atau dengan menghubungi e-mel di sme-assist@bankislam.com.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Samsung Expands New Features to Additional Galaxy Watch Devices
Next: ‘This is Johan’ Menang Emas di Anugerah Kancil 2024

Related Stories

Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Contractors
  • Business & Industry
  • Community
  • Construction
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Real Estate

Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries

Farihin Azlan May 7, 2026
PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.