Category: Food Culture

  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

    Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

    Jenama pilihan tempatan, Bean Here! Coffee & Pastries (Bean Here!), kini dibuka di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh bagi menawarkan pengalaman kafe berkualiti kepada warga kampus serta komuniti sekitarnya.

    Pembukaan cawangan Bean Here! di KPTM ini mencerminkan usaha berterusan Silver Lifestyle Sdn Bhd (Silver Lifestyle), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), dalam memperkasa jenama tempatan yang semakin relevan dalam landskap pengguna semasa, khususnya dalam kalangan belia yang merupakan segmen utama perbelanjaan berasaskan gaya hidup.

    Sejak memulakan operasi pada tahun 2020, Silver Lifestyle telah mengamalkan pendekatan perniagaan yang dinamik dan adaptif terhadap keperluan pasaran, termasuk pembaharuan menu secara berkala serta penyesuaian format operasi mengikut lokasi dan profil pelanggan. Bermula di Perak Techno Trade Centre (PTTC), jenama ini menerima sambutan positif daripada komuniti setempat, sekali gus membina asas kukuh untuk peluasan operasi secara lebih tersusun.

    Kini, Bean Here! beroperasi melalui tiga model utama iaitu Kiosk Uber Concept, Café Swanky Bar dan Kiosk Petite, yang dibangunkan bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pasaran. Kehadirannya di lokasi seperti PTTC, Hotel Casuarina@Meru, Bulatan Sultan Azlan Shah dan kini di KPTM membuktikan keupayaan jenama ini menyesuaikan penawaran mengikut persekitaran, merangkumi komuniti bandar, sektor hospitaliti serta institusi pendidikan tinggi.

    Menurut Pengarah Silver Lifestyle, Encik Nur Ismail bin Mohammed, strategi pengukuhan dan peluasan jenama Bean Here! dirangka bagi meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong pertumbuhan jangka panjang. Beliau berkata pendekatan ini memberi tumpuan kepada perlindungan pelaburan sedia ada, pelaburan strategik serta pengurusan kewangan yang lebih efisien di samping memanfaatkan potensi pasaran bagi menyokong pertumbuhan yang mampan.

    Seiring dengan pelaksanaan strategi ini, Bean Here! turut memperkenalkan pelbagai menu baharu seperti Chicken Tenders, Nachos, Black Forest Spanish Latte dan Cinnamon Latte sebagai sebahagian daripada penawaran yang lebih segar, pantas dan berpatutan bagi memenuhi citarasa golongan belia yang mengutamakan pengalaman santai dan berkualiti. Pengarah Silver Lifestyle Sdn Bhd yang juga bertanggungjawab dalam operasi dan pemasaran Bean Here!, Encik Harris bin Mohd Rodzi, berkata pihaknya turut menilai peluang peluasan strategik secara berfasa ke lokasi berpotensi tinggi seperti terminal KTM serta beberapa institusi pengajian tinggi di Ipoh termasuk UniKL.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Tuan Haji Radzuan bin Razali, berkata pembukaan Bean Here! di KPTM Ipoh bukan sekadar ruang menikmati minuman, tetapi turut berfungsi sebagai ruang santai untuk belajar, berbincang dan berinteraksi, di samping menyokong aktiviti pembelajaran serta inisiatif pelajar. Beliau menjelaskan bahawa ruang di aras besmen tersebut telah didedikasikan sebagai tempat untuk pelajar belajar, berdiskusi dan menjalankan aktiviti komuniti termasuk program seni dan muzik, dan kehadiran kafe ini dilihat dapat menghidupkan serta memeriahkan lagi fungsi ruang berkenaan.

    Selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, inisiatif ini memperlihatkan usaha memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan melalui pengukuhan rantaian nilai domestik, sejajar dengan flagship Program Mesra Pelabur. Pendekatan ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan usahawan dan pembekal tempatan bagi memperkukuh ekosistem “Made in Perak”, di samping membuka peluang pembangunan keusahawanan menerusi model perniagaan fleksibel seperti mikro-francais.

    Menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Perhubungan Korporat) PKNPk, Puan Nurdita Fadzlinda binti Ahmad Rasidi, inisiatif ini mencerminkan pendekatan holistik dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Beliau berkata ia bukan sahaja memperkukuh rantaian nilai tempatan, malah mewujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan dan pemain industri untuk berkembang dalam ekosistem yang lebih tersusun dan berdaya tahan.

    Selain itu, kehadiran Bean Here! di institusi pendidikan tinggi turut menyokong agenda Koridor TVET Malaysia dan pemerkasaan modal insan melalui latihan industri, pembangunan kemahiran serta peluang pekerjaan kepada belia. Ini secara tidak langsung memperkukuh agenda pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang perkhidmatan dan keusahawanan, di samping menyumbang kepada pembinaan ekosistem sosial yang lebih inklusif dan dinamik.

    Tambah beliau, usaha ini turut selari dengan keutamaan negeri dalam pembangunan bakat dan kesejahteraan komuniti, di mana penglibatan sektor swasta dan institusi pendidikan dilihat mampu memperkasa golongan belia dengan kemahiran relevan serta mewujudkan persekitaran yang menyokong interaksi sosial dan pembangunan komuniti secara inklusif.

    Dari sudut penjenamaan negeri, inisiatif ini memperkukuh imej Perak sebagai negeri yang progresif, mesra pelaburan serta berorientasikan bakat, inovasi dan keterangkuman. Pada masa yang sama, penerapan amalan lestari seperti pengurangan penggunaan plastik dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab mencerminkan komitmen terhadap agenda pembangunan mampan jangka panjang.

    Majlis pembukaan ini dirasmikan secara bersama oleh Tuan Haji Radzuan Razali dan Puan Nurdita Fadzlinda yang mewakili Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq. Turut hadir ialah barisan pengurusan KPTM, Silver Lifestyle dan PKNPk sebagai simbol sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh ekosistem ekonomi dan sosial negeri Perak.

  • KLGCC Convention Centre Brings Back Selera Warisan & Santapan Tradisi Buffet for Ramadan 2026

    KLGCC Convention Centre Brings Back Selera Warisan & Santapan Tradisi Buffet for Ramadan 2026

    In conjunction with Ramadan 2026, KLGCC Convention Centre (formerly Sime Darby Convention Centre) is set to welcome guests with the return of its highly anticipated Selera Warisan by D’Anjung Buffet, running from 23 February to 17 March 2026. The annual Ramadan dining experience once again celebrates Malaysia’s rich culinary heritage, bringing together traditional flavours in a warm and inviting setting designed for family gatherings, corporate iftars, and meaningful reunions with friends.

    Priced at RM148+ per adult and RM74+ per child, Selera Warisan presents an extensive spread of Malaysian regional favourites that reflect the country’s diverse food culture. Among the highlights are live grilling stations featuring Kambing Panggang Serantau and freshly prepared satay served with rich peanut sauce, alongside unique offerings such as Lidah Bakar. Guests can also indulge in a variety of signature dishes including Daging Salai Masak Lemak, Gulai Ayam Jertih, Kambing Masak Hitam Manis Kandar, and Ikan Pari Asam Pedas Melaka. The buffet experience is completed with traditional desserts such as Bubur Lambuk, Pengat Nangka, and Serawa Durian, offering a nostalgic taste of Ramadan evenings rooted in Malaysian culinary tradition.

    Kambing Panggang Serantau is prepared at the live grilling station, serving as one of the key highlights of the Ramadan buffet experience.

    Enhancing the experience, KLGCC Convention Centre provides a comfortable and well-equipped environment with designated prayer facilities and ample complimentary parking, ensuring convenience for all guests. The refreshed interiors further elevate the dining experience, offering a modern yet cosy ambience suitable for both intimate family meals and larger corporate gatherings.

    In addition, the Santapan Tradisi by Dapur Ramadan Buffet returns at the Kuala Lumpur Golf & Country Club, available from 20 February to 18 March 2026. Set against a scenic poolside backdrop, this buffet offers a more exclusive dining atmosphere, primarily curated for club members while remaining open to visitors. Prices are set at RM190+ per adult for non-members, RM170+ for members, and RM75+ for children, making it an attractive option for both corporate hospitality and family celebrations during the fasting month.

    An assortment of traditional Malaysian kuih showcasing familiar sweet flavours during Ramadan.

    Together, both dining experiences reflect Sime Darby Property’s commitment to delivering integrated hospitality and lifestyle offerings. By combining premium dining, cultural heritage, and community-focused experiences, KLGCC continues to position itself as a preferred destination for Ramadan gatherings in Kuala Lumpur, where tradition and togetherness are celebrated through food and shared moments.

    For reservations or enquiries, please contact:

    • KLGCC Convention Centre: +6019 6088 001
    • KLGCC: +603 2011 9187 / +603 2011 9189 / +6019 295 384
  • Hock Kee Kopitiam Hits the Right Note with Debut Song “KOPITIAM You & Me”

    Hock Kee Kopitiam Hits the Right Note with Debut Song “KOPITIAM You & Me”

    Malaysian music and branding collide in an exciting way as Hock Kee Kopitiam unveils its debut original song, “KOPITIAM You & Me,” created alongside 1119 TRIPLE1NINE and rising artist Danny Koo. Since its release on 1 April, the music video has exceeded 100,000 views in under a week, signalling strong audience engagement and viral momentum.

    Driven by an infectious rhythm and playful lyricism, the track stands out for weaving everyday kopitiam favourites into its verses, creating a relatable and memorable listening experience. More than just a promotional piece, the song positions itself as a genuine pop culture moment, reflecting how music can amplify brand storytelling. With its growing popularity online, “KOPITIAM You & Me” is fast becoming one of the most talked-about local releases in recent weeks.

    Watch the MV: https://www.youtube.com/watch?v=WxojvAZUR2A