Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Baca al-Kahf setiap pagi
  • ATTRACTION

Baca al-Kahf setiap pagi

Helmi Aziz May 12, 2019 2 minutes read
307799.jpg
SHAH ALAM – Seramai 120 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Raja Tun Uda menjadikan 10 ayat terawal surah al-Kahf sebagai bacaan rutin setiap pagi bermula sejak awal tahun ini.

Pengarah PPAS Raja Tun Uda Shah Alam, Mastura Muhamad berkata, bacaan yang mengambil masa hanya 15 minit bermula pada jam 8.45 hingga 9 pagi sepanjang hari bekerja menjadi amalan wajib dalam kalangan kakitangan PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda.

Menurutnya, kakitangan PPAS Raja Tun Uda akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan terdiri daripada lapan hingga 10 orang dan setiap daripada mereka akan membaca surah al-Kahf secara bersambung sehinggalah cukup 10 ayat.

“Ada juga kakitangan yang membuka YouTube dan memperdengarkan bacaannya. Sekarang alunan bacaan 10 ayat terawal surah al-Kahf berkumandang di seluruh PPAS Perpustakaan Raja Tun Uda,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Mastura memberitahu, beliau menjadikan amalan membaca surah al-Kahf setiap hari secara konsisten sebagai perkara wajib yang dilakukan sejak beberapa tahun lepas kerana ia seolah-olah memberikan kemerdekaan jiwa kepada dirinya.

“Sejak membaca dan memahami surah al-Kahf terutamanya 10 ayat terawal dan terakhir secara konsisten setiap hari, ia seolah-olah menjadi pemudah cara dalam setiap urusan yang dilakukan.

“Bidang tugas saya memerlukan untuk berjumpa dengan individu yang berpangkat besar dan kadangkala banyak urusan yang dilakukan memberikan sedikit kegusaran di hati ini, namun sejak mempraktikkan surah al-Kahf ia menjadikan segala-galanya mudah,” kongsinya.

Menurutnya, setelah merasai sendiri kehebatan surah al-Kahf, beliau mula menyarankan kakitangan PPAS Raja Tun Uda untuk turut mengamalkannya.

Dalam pada itu, beliau turut berbesar hati apabila diberitahu oleh pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bahawa surah al-Kahf dipilih sebagai tema World #QuranHour untuk tahun ini.

Program World #QuranHour anjuran WUIF bakal menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam pada 30 Mei depan bersamaan 25 Ramadan 1440H.

Di peringkat kebangsaan, lokasi perdana World #QuranHour ialah di Masjid Sultan Alam Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak, Selangor.

Tema tahun ini adalah membawa misi surah al-Kahf yang mengandungi 110 ayat.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mikail anugerah terindah buat Wan dan Rozihan selepas 10 tahun menanti
Next: Siti Nurhaliza perkenal padanan baju ibu, anak perempuan sempena raya

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.