Ameen Amaendran dilantik Ketua Pegawai Eksekutif redONE

Ameen Amaendran dilantik Ketua Pegawai Eksekutif redONE

KUALA LUMPUR – redONE Network Sdn Bhd (redONE) mengumumkan pelantikan Ameen Amaendran Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu untuk Malaysia.

redONE dalam satu kenyataan berkata, Ameen Amaendran menggantikan Farid Yunus yang dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan redONE Holdings.

Menurutnya, pelantikan tersebut menjadi tugasan kedua Ameen di syarikat berkenaan setelah dipinjamkan oleh CelcomDigi selama setahun pada Februari 2016.

“Ameen mempunyai banyak pengalaman melalui penglibatan beliau dalam industri telekomunikasi sejak 22 tahun lalu dan telah memegang pelbagai peranan dalam dua pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia.

Sumber