Ajinomoto ajak lawat kilang pintar, mesra alam baharu

Ajinomoto ajak lawat kilang pintar, mesra alam baharu

Kilang pintar dan mesra alam baharu Ajinomoto di Bandar Enstek Halal Hub kini dibuka untuk lawatan orang ramai.

Kilang pintar dan mesra alam baharu Ajinomoto di Bandar Enstek Halal Hub kini dibuka untuk lawatan orang ramai.

KILANG pintar dan mesra alam baharu Ajinomoto (M) Berhad (AMB) di Bandar Enstek Halal Hub kini dibuka untuk lawatan orang ramai.

Kilang tersebut disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘Perak’ Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang menggunakan teknologi canggih bagi mengoptimumkan operasi melalui automasi serta pendigitalan digabungkan untuk meningkatkan kecekapan produktiviti.

“Kilang ini juga direka untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi fasiliti rekreasi.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan serta sesi hidangan ringkas,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Ajinomoto berkata, pengunjung yang datang turut menerima cenderahati menarik dengan pelbagai sampel produk selepas lawatan.

Menurutnya, lawatan itu adalah percuma dan maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my/contact-us/factory-visit-0.

“Pengunjung boleh melawat antara jam 9 pagi hingga 4 petang dari Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Sumber