Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke, dari Korea Selatan, India
  • ACTIVITY

AirAsia X sambung semula perkhidmatan ke, dari Korea Selatan, India

Helmi Aziz April 21, 2022 2 minutes read
1671509.jpg

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah AirAsia X (AAX) mengalu-alukan penerbangan D7 505 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2), menandakan penyambungan semula perkhidmatan mingguannya ke/dari Korea Selatan selepas dihentikan selama dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail dalam satu kenyataan berkata, hari ini menandakan satu pencapaian penting apabila syarikat penerbangan itu pulih dan negara dapat meneruskan industri pelancongannya.

Katanya, penyambungan semula laluan paling popular AAX secara berperingkat itu amat dinantikan oleh para tetamu dan di seluruh rantaian nilai dalam sektor pelancongan seterusnya merangsang pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan.

“AAX berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan industri yang berkaitan untuk membina semula industri penerbangan dan pelancongan bersama-sama.

“Kami akan terus menyemak rangkaian kami dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pasaran utama. Lebih banyak perkhidmatan ke destinasi lain akan diumumkan dalam masa terdekat seiring dengan pembukaan sempadan antarabangsa,” kata beliau dalam kenyataan, pada Khamis.

Tambang termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) bermula daripada RM873 untuk tempat duduk ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM2,199 sehala. Dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur, tambang termasuk semua bermula daripada RM1,050 dan RM2,880 sehala.

AAX juga menyambung semula perkhidmatan dua kali seminggu ke/dari New Delhi, India semalam dengan acara pelepasan di klia2 untuk menandakan peristiwa itu.

Tambang termasuk semua dari Kuala Lumpur ke New Delhi bermula daripada RM565 untuk tempat duduk ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM1,830 sehala termasuk semua. Dari New Delhi ke Kuala Lumpur, tambang termasuk semua bermula daripada INR9,669 dan INR33,1190 sehala.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia anjur ‘Taste of Malaysia’ usaha tembusi pasaran Thailand
Next: Langkah Sulung Dem Lepak Boyz Dengan ‘Abang Datang’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.