AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

AiarAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari. Gambar hiasan

AiarAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari. Gambar hiasan

AIRASIA akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata, peningkatan kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan.

“Laluan Kuching ke Jakarta ini juga sangat penting sebagai penghubung antara Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu negara yang baharu, Nusantara, di Kalimantan Timur,” kata syarikat penerbangan itu.

Sumber