Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • AirAsia perkenal laluan baharu KL-Ahmedabad
  • ACTIVITY

AirAsia perkenal laluan baharu KL-Ahmedabad

Helmi Aziz February 4, 2020 2 minutes read
611742.jpg

KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini mengumumkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Ahmedabad, India mulai 29 April ini.

Dalam kenyataan hari ini AirAsia berkata, pengenalan laluan baharu itu adalah susulan pengumuman India pada tahun lepas untuk mengurangkan fi visa pelancong elektronik daripada AS$100 (e-visa pelancong – kemasukan berbilang kali setahun) kepada AS$10 (e-visa pelancong 30 hari bagi April hingga Jun; AS$5 bagi Julai hingga Mac) bagi warga Malaysia yang layak.

AirAsia berkata, laluan baharu itu akan menyemarakkan lagi pasaran yang rancak bagi 62 juta penduduk di Gujarat, India Barat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, syarikat penerbangan itu mencatat beberapa jualan tertinggi di semua destinasi penerbangannya ke India termasuk laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad.

“India merupakan destinasi yang mesti dilawati bagi kebanyakan pelancong dan kami yakin kempen promosi terkini dan rangkaian penerbangan yang diperluas akan meningkatkan pelancongan ke India dan menarik lebih ramai pelancong India untuk melawat Malaysia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

Tambang termasuk semua bagi ahli dari Kuala Lumpur ke Ahmedabad ketika ini dibuka untuk tempahan di airasia.com daripada RM199 sehala bagi tempat duduk standard dan RM899 sehala bagi Premium Flatbeds yang pernah mendapat pengiktirafan.

Promosi ini akan berlangsung sehingga 19 Februari untuk perjalanan dari 29 April hingga 30 Oktober 2020.

Selain itu, AirAsia juga akan melancarkan kempen jualan “Chalo! India”untuk meraikan fi e-visa pelancong ke India yang telah dikurangkan.

Sehubungan itu, pelancong boleh menikmati penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bhubaneswar, Cochin, Kolkata serendah RM229 sehala ke Jaipur, Delhi, Amritsar daripada serendah RM299 sehala.

“Chalo! India” atau Let’s Go! India merupakan kempen jualan AirAsia kepada pengunjung untuk menikmati keindahan budaya, landskap yang mengagumkan, seni bina menakjubkan dan hidangan yang lazat di negara itu.

“AirAsia terbang ke 18 bandar di India membabitkan 91 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke 12 bandar di India,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wanita VIP terluka, suami curang
Next: Terapi mandi ais

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.