MALUNYA untuk bercakap gara-gara takut mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan? Masalah ini rasanya sering berlaku tatkala Ramadan. Atasi mulut berbau tatkala bulan puasa Kenapakah mulut berbau ya? Masalah itu berlaku disebabkan oleh bakteria hidup ekoran lebihan makanan yang tidak dibersihkan di antara celah gigi. Selain itu, ia juga berlaku disebabkan kekurangan air liur. Usah cemas, Oh! Lelaki menyediakan beberapa tip yang boleh mengurangkan bau mulut ketika berpuasa. Bau mulut disebabkan oleh makanan tidak dibersihkan di antara celah gigi 1. Elak makanan manis Hadkan pengambilan makanan manis sepanjang bulan Ramadan. Ini kerana makanan manis cepat melekat pada gigi dan sukar dibersihkan. Akhirnya gigi cepat rosak dan menyebabkan bau mulut. 2. Elak bawang putih dan kopi Bawang putih dan kopi punca nafas berbau. Amalkan pemakanan seperti cornflakes, kekacang dan buah epal yang dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang. 3. Berkumur dengan cecair kumur Berus gigi sahaja tidak membantu menghilangkan lebihan makanan yang terdapat pada bahagian celah gigi, lidah dan gusi. Gunakan ubat kumur selepas bersahur dan berbuka bagi menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Makanan manis antara punca bau mulut 4. Minum banyak air kosong Bagi menghindari mulut kering dan berperanan menjaga keseimbangan air dalam tubuh serta membantu menghasilkan air liur. 5. Gosok gigi dan lidah Caranya semasa menggosok gigi tarik keluar berus gigi dan hembuskan nafas bagi menyingkirkan bau mulut. Amalkan setiap kali waktu bersahur dan berbuka. 6. Berkumur dengan air garam Amalkan selepas anda menggosok gigi dan kemudian berkumur-kumur dengan air garam serta kunyah daun pudina untuk mendapatkan kesegaran nafas dan mulut. 7. Keju dan susu Keju mengandungi karbohidrat yang boleh menguatkan gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi manakala susu pula membantu mengatasi bau mulut. Sumber Post navigation Sembelit, gastrik setiap kali berpuasa Batalkah puasa apabila berbohong?