Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 21 sekolah ini sentiasa bersedia tempatkan mangsa banjir selagi musim tengkujuh belum berakhir
  • ATTRACTION

21 sekolah ini sentiasa bersedia tempatkan mangsa banjir selagi musim tengkujuh belum berakhir

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
155240.jpg

KEMAMAN – Sebanyak 21 buah sekolah di daerah ini sentiasa bersedia untuk menempatkan mangsa banjir selagi musim tengkujuh belum berakhir sepenuhnya.

Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin berkata, bilik-bilik khas disediakan kepada mangsa banjir. Menurutnya, proses pembelajaran tidak akan terganggu sekiranya bencana itu berlaku pada hari bersekolah.

“Begitu juga jika berlaku banjir kilat contohnya seperti di kawasan Kemasik, kita gunakan asrama lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah untuk menempatkan mangsa.

“Dulu bangunan itu menempatkan pelajar tapi apabila bangunan asrama baharu disiapkan Kementerian Pendidikan, bangunan lama itu kita jadikan pusat pemindahan banjir dan pada bila-bila masa sahaja boleh menerima kemasukan mangsa banjir termasuk mangsa banjir kilat,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, beberapa keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di kawasan Rumah Murah Kemas berpindah ke sekolah berkenaan.

Selagi musim tengkujuh belum berakhir, Idris berkata, sekolah di daerah ini terutama yang biasa berdepan banjir sentiasa berjaga-jaga.

“Sudah menjadi amalan pihak sekolah menyimpan aset dan harta benda sekolah di tempat selamat menjelang tibanya musim tengkujuh dan ia dilakukan sebelum Disember lalu lagi.

“Kemungkinan awal bulan depan selepas kita jangkakan banjir tidak berlaku baharulah peralatan diturunkan untuk aktiviti seharian,” katanya.

Katanya, sekolah-sekolah di Kemaman juga pernah berdepan situasi banjir di luar jangkaan tetapi komitmen yang diberikan pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru dan komuniti setempat sangat tinggi dan beramai-ramai membantu menyelamatkan harta benda sekolah dan menyimpannya di tempat selamat.

“Kalau tengok situasi itu memang meletihkan tapi bagi sekolah yang biasa berdepan bencana itu, ia jadi pengalaman biasa dan semangat mereka memang luar biasa,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Peugeot 3008 kereta terbaik 2018
Next: Matrade lantik Wan Latiff sebagai CEO baharu

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.