Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Ajaibnya buah delima!
  • ATTRACTION

Ajaibnya buah delima!

Helmi Aziz February 3, 2019 3 minutes read
162386.jpg

LAMBAKAN penyelidikan telah dilakukan berkenaan delima. Bukan sahaja ia menjadi bahan kajian pengkaji tempatan malahan Barat. Kedua-dua blok ini memang tidak menafikan kebaikan buah delima.

Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia. Delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini!

Ahli farmasi berpengalaman, Rahman Baco menulis bahawa delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang.

Kajian terbaharu juga mendapati, amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Dalam segmen sulung Tahukah Anda?, Sihat:Aktif membawa anda menyelusuri ‘keajaiban’ buah yang ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

1 Rawat kanser prostat

Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.

2 Turunkan paras kolesterol

Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.

3 Kurang tekanan darah tinggi

Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

4 Cegah dan melambatkan penyakit Alzheimer

Dalam sebuah kajian, tikus dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

5 Sumber nutrisi

Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.

6 Mencantikkan kulit

Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. melahirkan anak sihat dan cerdas.

7 Baik untuk ibu mengandung

Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.

Kesan negatif

Meskipun demikian, pesan Rahman khas kepada pesakit mengambil ubat khususnya rawatan penyakit jantung dan darah tinggi.

“Pastikan anda dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum amalkan jus buah delima setiap hari. Makan buah atau minum jus delima juga boleh meningkatkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat Fluoxetine, Codeine dan Ondansetron.

“Begitu juga ubat penyakit jantung dan darah tinggi seperti ubat kumpulan ACE Inhibitor (Lisinopril, Enalapril, Captopril) yang boleh bertindak balas/dipengaruhi oleh buah delima kerana (makan buah delima bersama ubat darah tinggi) boleh sebabkan tekanan darah jadi terlalu rendah,” jelasnya yang menasihatkan pesakit menjarakkan masa makan ubat dan buah tersebut.Tip Pilih Buah Delima

Sila pilih buah yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.

Buah delima boleh tahan 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk.

Untuk produk berasaskan delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula!

ANEKDOT

Tip pilih buah delima:

– Sila pilih buah yang berat dan pastikan kulitnya bersih dan tidak merekah.

– Buah delima boleh tahan enam bulan jika disimpan dalam peti sejuk.

– Untuk produk berasaskan delima, mohon semak label kandungan sebelum membeli. Pastikan paras gulanya tidak terlalu tinggi kerana niat baik kita untuk dapatkan khasiat delima takut nanti bertukar menjadi mimpi ngeri pula!

Rahman Baco

Merupakan ahli farmasi berdaftar dan berpengalaman berkerja sebagai Pegawai Farmasi di Bahagian Pennguatkuasa Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Farmasi Komuniti di Pharmago Pharmacy. Rahman menulis buku berkaitan tahap halal ubat dan kosmetik beracun.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kerajaan akan tamatkan duti anti-lambakan gegelung rata
Next: Kediaman RM275,000 di Segitiga Emas, KL

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.