Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Perlukah bersedekah kepada orang kaya?
  • ATTRACTION

Perlukah bersedekah kepada orang kaya?

Helmi Aziz January 20, 2020 2 minutes read
596780.jpg

SEDEKAH merupakan antara amalan yang terpuji dalam Islam. Banyak ganjaran yang bakal diperoleh jika kita melaziminya dalam kehidupan seharian.

Menjadi kebiasaan kita untuk memberikan sedekah kepada golongan yang memerlukan seperti orang fakir dan miskin.

Jika mengikut logik akal, sudah tentu golongan itu perlu dibantu kerana mereka hidup dalam kesempitan, bukan?

Namun, adakah salah jika kita mahu memberikan sedekah kepada orang yang kaya?

Jika merujuk kembali kepada zakat yang disebut sebagai sedekah yang wajib, ia mempunyai asnafnya tersendiri.

Demikian juga dengan sedekah-sedekah sunat yang lain, ia perlu disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Firman ALLAH SWT: “Dan sekiranya kamu menyembunyikan (sedekah) dan memberikan sedekah kepada golongan fakir, maka itu adalah lebih baik buat kamu serta akan menghapuskan dosa-dosa kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Meskipun begitu, dari sudut fikah, memang terdapat perbahasan tentang hukum bersedekah kepada orang yang kaya.

Menurut Imam al-Nawawi: “Halal (dibolehkan) untuk bersedekah sunat kepada golongan kaya tanpa khilaf (akan keharusannya di sisi para ulama). Maka, boleh untuk memberikan (sedekah) kepada golongan kaya dan diberi pahala kepada yang memberi sedekah tersebut. Akan tetapi (sedekah yang diberikan kepada) golongan yang memerlukan adalah lebih afdal. Para ashab kami berkata: “Dan disunatkan bagi orang yang kaya membersihkan diri (daripada mengambilnya) serta dimakruhkan untuk berusaha ke arah mendapatkannya.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab Al-Nawawi (6/39)

Daripada nukilan sarjana Islam berkenaan, jelas bahawa hukum bersedekah kepada orang kaya adalah harus.

Ia berdasarkan kaedah fikah yang menyebut bahawa hukum asal bagi setiap perkara adalah harus selagi mana tidak terdapat dalil yang melarangnya.

Pun begitu, keutamaan dalam bersedekah adalah diberikan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Sebenarnya, ada keharusan memberikan sedekah kepada orang kaya. Tujuannya supaya mereka mengambil pengajaran dan kesedaran terhadap kepentingan amalan bersedekah.

Lantas, dengan perbuatan kita tadi akan menjentik hati mereka untuk mempelbanyakkan sedekah melalui harta yang dikurniakan ALLAH kepada mereka.

Apa jua tujuan kita bersedekah, niatlah kerana ALLAH SWT.

Semoga segala amal jariah yang kita lakukan di dunia yang fana ini akan diterima oleh-NYA dan diberikati-NYA.

Semoga dengan melazimi amalan itu, rezeki kita akan diperluaskan dan kehidupan kita akan terhindar daripada bala bencana.

(Sumber: Al-Kafi #1397: Hukum Memberi Sedekah kepada Orang Kaya, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Unifi Plus Box serlah dunia hiburan digital
Next: Graduan terokai bidang keusahawanan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.