Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • 500 pemandu pelancong MWTGA sudah bersedia
  • ACTIVITY

500 pemandu pelancong MWTGA sudah bersedia

Helmi Aziz February 21, 2022 2 minutes read
1505052.jpg

GEORGETOWN – Seramai 500 pemandu pelancong dari Persatuan Pemandu Pelancong Wanita Malaysia (MWTGA) bersedia untuk berkhidmat sekiranya pintu sempadan negara dibuka sepenuhnya pada awal suku kedua tahun ini.

Pengerusi MWTGA, Erina Loo berkata, semua pemandu pelancong dari persatuan berkenaan berpengalaman selain mempunyai pengetahuan tinggi dalam pelbagai sudut termasuk lokasi dan sejarah sesebuah bangunan.

Katanya, kebanyakan pelancong terutama dari Eropah menginginkan pemandu pelancong yang mempunyai pengetahuan tinggi untuk memastikan perjalanan mereka di negara ini berjalan lancar.

“Ahli persatuan bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dari luar negara apabila pintu sempadan dibuka nanti.

“Dari maklumat yang diterima daripada agensi pelancongan luar negara, pelancong dari Eropah pada masa ini hanya menanti waktu yang sesuai untuk kembali melancong ke Malaysia.

“Jika disebut persediaan dari segi lesen, kami semua bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pelancong asing ke negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Sentral Pulau Pinang dan MWTGA di Kolej Sentral Pulau Pinang di sini pada Isnin.

Turut hadir, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE), Yeoh Soon Hin.

Tambah Erina, agensi pelancongan dari Eropah tidak membatalkan tempahan pelancongnya sepanjang penularan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

“Mereka hanya menunggu untuk datang melancong ke sini semula,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menjangkakan membuka pintu sempadan negara sepenuhnya pada awal suku kedua tahun 2022 selepas selesai menyediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) tidak lama lagi.

Mengulas mengenai MoU bersama Kolej Sentral Pulau Pinang, Erina berkata, ia bertujuan untuk menjana lebih banyak peluang dalam membangun dan memperkayakan program latihan berkaitan pelancongan.

“Selain itu, objektif memorandum ini juga dilihat sebagai penanda aras amalan terbaik dalam industri pelancongan membabitkan pemandu pelancong.

“Kita yakin, dengan termeterainya memorandum ini, ia dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang ada pada pemandu pelancong dalam menyampaikan maklumat mengenai produk pelancongan kepada pelancong,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia perlu bersedia teknologi pengkomputeran kuantum tahun ini
Next: Syarikat tempatan tandatangani 8 MoU, jana pelaburan RM197 juta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.