12 permohonan daripada syarikat swasta sertai IPR – Rafizi

12 permohonan daripada syarikat swasta sertai IPR – Rafizi

Rafizi (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Penyegar Dahaga di Kuala Lumpur.

Rafizi (tengah) pada Majlis Pelancaran Kempen Penyegar Dahaga di Kuala Lumpur.

SEBANYAK 12 permohonan daripada syarikat swasta diterima Kementerian Ekonomi Malaysia untuk bekerjasama dalam program mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menterinya, Mohd Rafizi Ramli berkata, setakat ini hanya satu syarikat swasta yang bersedia untuk menurunkan harga jualan bagi menyertai bantuan berkenaan.

“Kita dapat lihat syarikat paling dominan dalam industri ini ialah syarikat pengeluar produk minuman, Etika dan syarikat pengendali mesin makanan dan minuman, Atlas Vending Malaysia Sdn Bhd.

“Tetapi, jika ada pemain swasta yang berminat untuk menyertai inisiatif ini, kita serahkan sahaja kepada mereka untuk membuat keputusan.

Sumber