Ziana Zain, Zarina Zainuddin, Ziela Jalil dan Khatijah Ibrahim jalani bariatrik demi menjaga kesihatan

Dr. Mustafa, Pakar Bedah GI dan Bariatrik Ulung: Terangkat di Pentas Asia Pacific! Dalam jangka masa 3 tahun lalu, keahlian pembedahan Bariatrik Dr. Mustafa di klinik swasta membawa fenomena tersendiri. Pembedahan Batriatik bukan sahaja membantu pesakit menurunkan berat badan, malah dapat juga mengatasi kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah tidur, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang, dan isu anti-sosial. Pengiktirafan sebagai pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific telah menghiasi namanya dalam majlis megah Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Pesakit yang menerima rawatan Bariatrik ini kebanyakannya menghadapi cabaran serius seperti obesiti dan kelebihan berat badan yang menyulitkan kehidupan seharian mereka. Keadaan ini membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan yang signifikan, merencatkan kualiti hidup mereka secara ketara.

Ziana Zain

Kumpulan Sokongan untuk Pesakit Bariatrik Ditubuhkan

Pesakit-pesakit Bariatrik di bawah penjagaan Dr. Mustafa telah bersatu demi menyokong doktor mereka dengan mewujudkan sebuah kumpulan. Inisiatif ini digerakkan oleh Chef Bob@Alfie Sabri, seorang yang dulunya bergantung kepada kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan struktur keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang teruk. Dalam tempoh setahun selepas menjalani pembedahan, Chef Bob berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 130kg, membolehkannya kembali kepada kehidupan normal.

Konsultasi & Maklumat Pembedahan Bariatrik

Pembedahan Bariatrik telah menjadi penyelamat bagi banyak pesakit, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Dengan pencapaian cemerlang ini, tidak heran melihat begitu banyak individu datang berjumpa Dr. Mustafa untuk mendapatkan nasihat yang berharga demi meningkatkan kesihatan mereka. Semakin ramai juga yang tiba untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang dunia pembedahan Bariatrik.

Ziela Jalil

Bagi Dr. Mustafa, berjumpa dengan individu yang berminat untuk mendapatkan nasihat berkenaan pembedahan Bariatrik adalah sejajar dengan aspirasinya untuk mewujudkan masyarakat yang lebih sihat. Dalam usaha ini, beliau berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya obesiti sebagai penyakit yang membimbangkan jika tidak ditangani dengan segera. Itulah yang memacu semangatnya dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Untuk penerangan lanjut tentang Dr. Mustafa dan pembedahan Bariatrik, jom sertai perjalanan ilmu di Instagram beliau @dr.mustafamt atau hubungi Puan Rafeah di talian terus +60162330678. Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia kesihatan yang lebih baik!