Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Watsons kempen kesan awal kanser payudara
  • Ekspo

Watsons kempen kesan awal kanser payudara

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
486369.jpg

MENYEDARI kanser payudara antara ancaman utama wanita di negara ini, Watsons Malaysia dengan rasa tanggungjawab mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Pink Power sepanjang bulan Oktober.

Kempen yang dijalankan bersama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengesanan awal kanser berkenaan dalam kalangan para wanita.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, Kempen Pink Power tahun ini menampilkan kelainan kerana ia bukan sahaja memberi pendedahan kepada golongan wanita, bahkan setiap lapisan masyarakat.

“Umum mengetahui, pada setiap tahun Oktober adalah bulan kesedaran mengenai kanser payudara yang disambut di seluruh dunia.

“Justeru, menyedari kesedaran ini bukan hak mutlak wanita semata-mata maka kami turut memupuknya dalam kelompok pembeli dan kakitangan Watsons termasuk menggalakkan pemeriksaan kesihatan secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai Kempen Pink Power itu, Caryn memberitahu, setiap pembelian jenama produk yang mengambil bahagian di Watsons bernilai RM50 dan ke atas sebanyak RM1 akan disumbangkan kepada BCWA.

Antara jenama terlibat ialah Pure Beauty, Hada Labo, Nutox Stay Young, Nivea, Cetaphil, Gatsby, Max Factor X dan Loreal Paris.

Sementara itu, reben merah jambu dalam bentuk magnet yang merupakan simbol kesedaran kanser payudara global boleh dibeli pada harga RM5 di Watsons terpilih atau secara atas talian.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dan transisi penampilan bersama pakar Watsons secara percuma.

“Selain itu, pada tahun ini, kami turut memaparkan perjalanan kisah survival kanser payudara menerusi laman sosial, Instagram.

“Lagipun tiada yang lebih berkesan berbanding menyampaikan mesej menggunakan medium visual. Kami berharap video itu dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara termasuk menggalakkan pemeriksaan sendiri dan pengesanan awal,” jelas beliau.

Keterangan lanjut mengenai Kempen Pink Power Watsons, layari laman web www.watsons.com.my atau Facebook dan Instagram rasmi Watsons.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 300 jayakan #QuranHour di Kuala Selangor
Next: Inovasi pendingin hawa AR9500M jimat elektrik

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.