Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Wanita China kuasai bahasa Melayu
  • Ekspo

Wanita China kuasai bahasa Melayu

Helmi Aziz March 2, 2023 4 minutes read
622706.jpg

“RASA sayang hey, rasa sayang-sayang hey, hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey….”

Lagu Rasa Sayang yang biasanya diikuti dengan pantun adalah antara lagu rakyat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dinyanyikan tanpa mengira bangsa.

Bagi penulis, lagu itu mempamerkan keindahan bahasa Melayu yang tinggi nilai dan kesantunannya, selain menjadi wadah perpaduan kaum di negara ini.

Setelah sekian lama tidak mendengar lagu itu didendangkan, penulis berpeluang mendengarnya ketika berada di Tanah Besar China. Menariknya, ia dinyanyikan oleh seorang gadis yang memperkenalkan namanya, Liang Liang atau lebih mesra disapa sebagai Husna.

HUSNA

HUSNA

Pertemuan dengan Liang, 25, di pejabatnya di China Radio International (CRI), Beijing baru-baru ini menyerlahkan kebolehan gadis manis tersebut bertutur bahasa Melayu begitu baik sekali.

Bukan itu sahaja, gadis berasal dari Yunnan, daerah barat daya China itu juga mampu menyanyikan lagu Rasa Sayang berserta pantun dengan lancar.

“Wah! bahasa Melayu yang dituturkan Liang jauh lebih baik dan gramatis berbanding bahasa Melayu yang aku ungkapkan,” getus hati penulis sambil perasaan malu mula menjalar dalam diri ini.

Tak kenal maka tak cinta

Menyingkap bagaimana Liang ‘jatuh cinta’ dan mengenali bahasa Melayu, gadis terbabit menyifatkan ia umpama dengan pepatah Melayu ‘Tak kenal maka tak cinta’.

Menurut Liang, sebaik menamatkan pengajian peringkat menengah, beliau mengikuti beberapa program yang dianjurkan di kampungnya untuk mengenali lebih dekat budaya dan bahasa negara di Asia seperti Thailand, Kemboja dan Malaysia.

“Apabila diperkenalkan tentang Malaysia, dari situ saya jatuh cinta dengan bahasa Melayu dan seterusnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa Melayu di Universiti Beijing Foreign Studies (BFSU), China selama tiga tahun pada 2013 dan setahun di Universiti Malaya (UM), Malaysia pada 2016,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau yang kini bertugas sebagai penterjemah, wartawan penyiaran dan juruhebah bagi siaran Bahasa Melayu Radio CRI memberitahu, pengalaman mempelajari bahasa Melayu adalah pengalaman menarik buat dirinya.

Kata Liang, walaupun hampir kesemua rakan sekerjanya berbangsa Cina, tetapi mereka tetap menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian di pejabat.

“Kami saling bantu membantu antara satu sama lain bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu.

“Menariknya, melalui bahasa, hubungan antara kami semakin erat,” kata Liang yang bertugas di CRI sejak 2017.

Bahasa perniagaan Dalam pada itu, penulis juga berkesempatan berkenalan dengan seorang peniaga kelengkapan rumah, Liew Huan, 34, di kawasan tumpuan pelancong di Hongqiao Pearl Market, daerah Dongcheng.

FATIMAH

FATIMAH

Beliau juga mampu bertutur bahasa Melayu dengan baik.

“Adik saya juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan kami sering berborak di rumah,” kata Liew yang berasal dari wilayah Shandong, timur China.

Liew atau nama Islamnya, Fatimah menjelaskan, kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu dapat menarik lebih ramai pelanggan terutamanya dari Malaysia untuk singgah di kedainya yang menjual cadar, langsir, alas meja dan kain.

“Sejak menceburi bidang perniagaan lebih 10 tahun lalu, saya dapati ramai rakyat Malaysia melancong ke China dan disebabkan itu saya mengikuti kelas jangka pendek mempelajari bahasa Melayu selama satu bulan di BFSU,” katanya.

Menurut Liew, pelanggan dari Malaysia pernah memberitahu mereka lebih selesa dan seolah-olah berada di tanah air sendiri ketika membeli-belah di kedainya di Beijing.

Liew kini mempunyai dua cawangan kedai Fatimah Shop di daerah Dongcheng, Beijing dan turut mempunyai cawangan di Puchong, Malaysia. Perniagaan di Puchong diusahakan bersama-sama seorang rakan kongsi rakyat Malaysia.

Berdasarkan kajian Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 16 universiti awam di negara Tembok Besar itu yang menawarkan jurusan bahasa Melayu. Dianggarkan seramai 600 pelajar China mengikuti pengajian bahasa Melayu, setiap tahun.

Ia membuktikan kedudukan bahasa Melayu yang kini mempunyai lebih 300 juta penutur dimartabatkan pada peringkat global sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) serta menjadi antara bahasa terpenting di dunia.

Bahkan baru-baru ini, kerajaan Nepal bercadang memperkenalkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran elektif di sekolah. Ia bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Melayu, sekali gus memudahkan rakyatnya menceburi bidang pekerjaan di Malaysia kelak.

Namun, hakikatnya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, penulis boleh ibaratkan sebagai ‘melukut di tepi gantang’.

Ini kerana masih ada pihak yang tidak bersungguh-sungguh menggunakan bahasa Melayu dalam urusan harian, sedangkan negara asing begitu rancak mempelajari dan mengaplikasikan bahasa Melayu dalam pelbagai urusan di negara mereka.

Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu di BFSU, Roziah Adama, 35, berpendapat tidak salah untuk mempelajari bahasa lain kerana ia dapat memberi nilai tambah kepada seseorang individu itu, namun bahasa kebangsaan harus terus diperkasakan.

ROZIAH

ROZIAH

“Tahu lebih daripada satu bahasa, ibarat bonus tetapi janganlah sampai menganak tiri bahasa ibunda.

“Semua pihak harus mengikis persepsi bahawa bahasa Melayu tiada nilai ekonomi atau ruang di pentas antarabangsa,” kata Roziah yang berasal dari Lahad Datu, Sabah dan lima tahun mengajar di BFSU.

Menurut Roziah, usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa semakin diperkukuhkan antaranya menerusi dan ini dapat dilihat depenganjuran Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri yang menerima penyertaan dari serata dunia saban tahun.

“Ini merupakan penanda aras yang membuktikan bahasa Melayu sebenarnya mempunyai tempat di hati masyarakat dunia,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Beg bikin ketrampilan lelaki – Sinar Harian
Next: BISA hargai kerja keras usahawan tanah air

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.