Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Umat Islam jangan perlekeh, wajib bimbing saudara baharu
  • ATTRACTION

Umat Islam jangan perlekeh, wajib bimbing saudara baharu

Helmi Aziz March 8, 2019 2 minutes read
216098.jpg

WAJIB bagi umat Islam sama ada yang dilahirkan Islam atau telah lama memeluk agama itu untuk membimbing saudara baharu, sesuai dengan kadar pemahaman dan kemampuan mereka.

Pandangan itu dilontarkan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus kepada Sinar Islam.

Jelas beliau yang juga pendakwah bebas, jika kemampuan pembimbing adalah terhad, maka mereka boleh membimbing dan membantu semampu yang mungkin. Pembimbing juga perlu mengetahui apakah tahap yang perlu dan boleh diterima oleh mualaf itu. ​

ALLAH berfirman: “Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat, para mualaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang terlilit utang, untuk jalan ALLAH dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan ALLAH, dan ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah At-Taubah: 60)

Menurut Bro Firdaus, ayat al-Quran itu menunjukkan betapa perlunya golongan mualaf ini menerima sokongan dan bantuan.

Antara yang boleh kita lakukan? Beliau berpandangan agar kita mencarikan keluarga angkat sebagaimana Nabi Muhammad SAW mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar selepas hijrah dari Makkah ke Madinah.

“Selain itu, berikan sokongan moral dan bimbingan agama yang berterusan dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang serta membantu mereka menangani kos sara hidup atau kos pengajian andai dibuang oleh keluarga,” jelasnya.

Kepada satu soalan, Bro Firdaus menjawab: “Ada yang berasa pesimis terhadap mualaf kerana mereka sering melihat ada mualaf yang meminta sedekah di perhentian rehat dan rawat, surau dan masjid. Ada yang ikhlas menderma pada awalnya tetapi apabila sering melihat orang yang sihat dan mampu bekerja tetapi memilih untuk meminta sedekah berbanding dengan pergi berkerja, maka akan timbul persoalan dan seterusnya pandangan yang kurang elok terhadap mualaf itu akan timbul.

“Solusinya semua pihak perlu memainkan peranan agar mereka yang benar-benar memerlukan bantuan diberikan sokongan sewajarnya manakala mereka yang berbohong juga perlu dibantu agar mereka kembali kepada taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya,” ujar beliau.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Petronas bayar dividen khas RM30 bilion
Next: Pengasas cosmetik lelaki berjaya meletakkan jenama Anas Cosmetic di 33 outlet Sasa Malaysia dan Fashion Valet.

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.