Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Ultimate Happiness bincang erti bahagia yang sempurna
  • ATTRACTION

Ultimate Happiness bincang erti bahagia yang sempurna

Helmi Aziz February 18, 2022 3 minutes read
1502686.jpg
SHAH ALAM – Program Soul Fitness 2022: Ultimate happiness yang dianjurkan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh (GPASBP) pada Jumaat membincangkan topik mencari kebahagiaan yang sempurna.

Program anjuran bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang disiarkan secara langsung dari Studio F, Kompleks Karangkraf itu bertadabur surah Al-Sajdah ayat satu hingga 15 sebagai panduan perbincangan berfokuskan kebahagiaan sebenar di dalam Islam.

Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, erti kebahagiaan yang sempurna tidak wujud di dunia namun ALLAH SWT menyatakan dalam surah Hud ayat 108 sebagai ‘saadah’ yang hanya boleh dikecapi ketika di alam syurga.

Fazrul Ismail. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Fazrul Ismail. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

“Di dunia kita kena memburu kebahagiaan yang diusahakan di sini (dunia) tetapi hanya dikecapi apabila di syurga,” katanya ketika menjadi panelis pada program berkenaan yang turut disiarkan secara langsung di YouTube dan Facebook TickTalk TV, QuranHour, Sinar Harian dan GPASBP.

Turut menjadi panelis adalah perunding motivasi, Halim Hafidz dan qari, Jalal Zaiki manakala Sansubari Che Mud bertindak sebagai moderator.

Dalam pada itu Fazrul turut merujuk ayat ke-77 surah Al-Qasas yang mengajak manusia mencari pahala menuju alam akhirat.

“ALLAH kata carilah akhirat dengan bersungguh-sungguh, ada orang cari duit kerana dunia, ada orang cari duit untuk diinfaqkan bagi keredaan ALLAH.

“Dalam masa sama ALLAH kata, jangan lupakan bahagian di dunia tapi pastikan ia mendekatkan kita dengan akhirat, syurga ALLAH,” katanya.

Halim Hafidz. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Halim Hafidz. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Sementara itu perunding motivasi, Halim Hafidz berkata, erti kebahagiaan bersifat subjektif dan mengikut kemahuan masing-masing.

Namun katanya, kebahagiaan mengikut Islam harus dikaitkan dengan kesyukuran kepada ALLAH.

“Maka kita tidak boleh langsung takbur dan membesarkan diri dengan ALLAH, kita mesti mengembalikan rasa gembira itu kepadaNya.

“Contoh apabila mendapat hidayah yang hanya berlaku kepada golongan yang rapat dengan ALLAH, seperti yang berlaku kepada Rabiatul Adawiyah.

“Apabila dia bermunajat di hadapan ALLAH dan mengatakan aku bukan mahu reda Mu, aku bukan nak hidayah Mu, aku bukan nak maghfirah Mu, tetapi aku nak Kau, ALLAH. Itu kebahagiaan yang dia cari,” katanya.

Dalam pada itu Jalal berkata, fitrah manusia secara automatik akan mencari Tuhan apabila diberi ujian, musibah atau ketika mereka rasa ‘hilang’.

Jalal Zaiki. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

Jalal Zaiki. – Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

“Bagi orang Islam yang kurang amalan, maka kita akan mencari sejadah supaya kita dapat mendekatakan diri dengan ALLAH, masa itu rasa nak bertaubat dan minta pertolongan. Agama lain juga begitu (dekatkan diri dengan Tuhan) mengikut pegangan mereka.

“Kita tidak lari diberi ujian sedemikian dan masa itu lumrahnya kita akan mencari Tuhan, dalam ayat ini (Al-Sajdah), kita akan bersujud, bertasbih kepada ALLAH (akan) memberikan kebahagiaan sementara di dunia semasa sedang gelisah,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mohon hidayah bina keluarga takwa
Next: Fullmoon Pictures melancarkan francais media ‘ THE SUMMIT-97’ bernilai RM150 juta

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.