Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ubat gigi jenama Mismis miliki ekstrak koko
  • ACTIVITY

Ubat gigi jenama Mismis miliki ekstrak koko

Helmi Aziz April 20, 2019 4 minutes read
259040.jpg

RAMAI kini mementingkan kandungan dalam ubat gigi. Sebilangan pengguna kini menitik beratkan ubat gigi yang bukan sahaja halal, malah selamat dan memberikan kesegaran mulut serta berupaya memastikan kesihatan oral berpanjangan.

Biarpun, perlu bersaing dengan jenama ubat gigi sedia ada ada dalam pasaran, Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd, Noormawarni Nordin yakin ubat gigi jenama Mismis yang dikomersialkan tidak kurang hebat kerana penghasilannya berasaskan sebahagian ekstrak koko iaitu koko-polifenol.

“Kandungan bahan aktif koko-polifenol dalam produk tersebut bertindak sebagai agen antibakteria yang dapat melindungi gigi secara menyeluruh.

“Selain itu produk ini memiliki rasa dingin daun pudina yang dapat memberikan dua kali kesegaran nafas berpanjangan. Terdapat juga ekstrak bunga cengkih bagi membantu mengurangkan kesakitan pada gigi sensitif.

“Pendek kata, inovasi ubat gigi dibangunkan ini bersumberkan 99.9 peratus bahan semula jadi,” katanya.

Tambahnya, penghasilan ubat gigi Mismis adalah dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh saintis, Dr Azila Abdul Karim.

Memenuhi permintaan ubat gigi halalNoormawarni berkata, penghasilan ubat gigi Mismis bagi penuhi permintaan untuk ubat gigi halal dengan kandungan bahan semula jadi.

Mengulas mengenai NFA Technologies Sdn Bhd, katanya, syarikat ini ditubuhkan pada 2014 dan menumpukan pada usaha menyelidik, mengeluarkan dan memasarkan ubat gigi berasaskan bahan dan herba semula jadi seperti polifenol koko, cengkih, minyak zaitun dan seumpamanya.

“Syarikat menyasarkan pasaran komersial dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi halal untuk kegunaan seisi keluarga.

“Kami telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan penggunaan polifenol koko sebagai bahan mentah utama berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi semula jadi Mismis.

Proses R&D ambil masa tiga tahun

“Proses R&D ambil masa tiga tahun bagi mendapatkan formula terbaik. Pada 2018, produk ini telah pun memasuki pasaran termasuk pasaran e-dagang,” katanya.

Tambahnya, syarikat dibimbing di bawah program simbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

“Program di bawah MTDC ini memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk dijadikan ‘technopreneur’ dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan di institut penyelidikan atau universiti melalui penyediaan bantuan kewangan, latihan dan bimbingan berterusan.

“Idea penghasilan ubat gigi Mismis ini tercetusnya apabila kami mencari produk berasaskan bahan semula jadi yang sesuai dan sering digunakan orang ramai setiap hari,” katanya.

Berjaya tembusi pasaran MaghribiBagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama Mismis di pasaran, katanya, syarikat menyasarkan untuk menembusi lebih banyak pasar raya, farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara.

“Buat masa ini, Mismis telah berjaya menembusi pasaran Maghribi, pada masa akan datang kami bercita-cita luaskan pasaran ke Negara Timur Tengah, Afrika dan China,” katanya.

Jelasnya, kini syarikat giat mempromosikan kesedaran penggunaan bahan semula jadi seperti polifenol koko untuk meluaskan lagi pasaran.

“Jenama Mismis telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang disahkan memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik).

“Matlamat kami ialah untuk jadikan syarikat ini sebuah syarikat berinovasi, maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk bermutu tinggi dan setanding produk antarabangsa,” katanya.

Melawan bakteriaNoormawarni berkata, ubat gigi Mismis berperisa pudina sejuk ekstra terbukti berkesan merencatkan pertumbuhan bakteria penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi.

Penggunaan bahan aktif ini dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies.

Beri tujuh kali perlindungan

“Ubat gigi Mismis berupaya beri tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang dinyatakan.

“Ia diformulasikan tanpa bahan kimia seperti paraben dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan mentah gred makan yang selamat jika tertelan semasa memberus gigi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

“Ubat gigi Mismis tanpa fluorida daripada ekstrak polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semula jadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan membantu mengekalkan gigi sihat,” katanya.

Pek kembara Terkini, jenama Mismis telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan pilihan berus lembut dan separa lembut.

“Didatangkan dalam warna menarik. Malah, terdapat pek kembara 4 dalam 1, memudahkan pengguna membawa produk Mismis ketika mengembara.

“Diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan, berus gigi ini selamat digunakan.

“Berus gigi Mismis jenis lembut ini juga dapat berikan tiga kali perlindungan pada gusi dengan melindunginya daripada kecederaan, memberikan rasa selesa serta menghilangkan bakteria dan plak,” katanya.

Tambahnya, permintaan ubat gigi khas bagi kanak-kanak amat menggalakkan kini.Justeru katanya, Mismis akan mengeluarkan rangkaian ubat kanak-kanak tanpa fluorida bersama berus gigi.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Serah petisyen mewajibkan vaksin
Next: Perlu saling memberi dalam rumah tangga untuk bahagia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.