Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Tip selamat guna TikTok secara kreatif!
  • Ekspo

Tip selamat guna TikTok secara kreatif!

Helmi Aziz April 19, 2019 3 minutes read
264643.jpg

KEMUNCULAN pelbagai aplikasi media sosial hari ini menambahkan lagi kreativiti pengguna. Sedang ‘hot’ dan menjadi ‘kegilaan’ sekarang adalah platform TikTok, terutama dalam kalangan anak remaja.

TikTok kini menjadi salah satu komuniti global yang berdasarkan kreativiti dan ekspresi, namun menjadi kepentingan kepada ibu bapa untuk tahu dan pengguna itu sendiri berasa selamat serta selesa apabila menggunakan aplikasi tersebut.

berikut adalah 10 tip keselamatan menggunakan TikTok secara kreatif yang ibu bapa dan anak-anak pengguna perlu tahu!

1. Pilih nama akaun tidak mudah diteka

Jangan gunakan maklumat peribadi seperti tarikh lahir, alamat, e-mel, atau nombor telefon di nama akaun anda.

Maklumat tersebut boleh membuat orang lain mengetahui maklumat peribadi anda tanpa kebenaran anda.

Mereka boleh mencari nama anda atau maklumat tambahan lain di internet berdasarkan maklumat tersebut dan ia boleh disalahgunakan.

2. Gunakan kata laluan yang kuat dan unik

Jangan gunakan kata laluan yang telah digunakan di platform lain. Gunakan kata laluan yang kompleks terdiri lebih daripada 8 karakter. Tukar kata laluan anda setiap tiga bulan. Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa dan jangan ditulis.

3. Tetapan privasi sesuai dengan keutamaan anda

Anda dapat menetapkan tetapan privasi menurut pilihan dengan mengehadkan: (a) siapa yang boleh melihat profil anda;

(b) siapa yang boleh menghantar mesej terus kepada anda;

(c) siapa yang boleh memberi komen mengenai video anda dan

(d) siapa yang boleh duet dan bertindak balas terhadap video anda.

4. Tukar tetapan untuk mengawal Siapa yang boleh mencari dan melihat profil anda, menghantar mesej secara langsung, mengulas dan komen di video anda serta bertindak balas terhadap video anda.

Anda juga boleh membuat akaun anda bersifat “private” untuk mendapatkan pengalaman yang paling selamat.

4. Berhati-hati dengan apa yang anda muat naik

Lokasi video yang anda post dan orang yang muncul di dalamnya boleh dikenali oleh orang-orang yang menonton video anda.

Berhati-hati apabila memaparkan orang lain di dalam video, serta menunjukkan latar belakang atau hal-hal lain yang boleh dikenali.

Apabila anda merakam video, orang lain yang secara tidak sengaja dapat masuk dan ia boleh mengganggu privasi mereka.

Jangan merakam video di tempat berbahaya, di tempat orang lain tanpa izin atau di tempat terlarang.

5. Berhati-hati apabila menghantar mesej secara langsung

Ada kemungkinan pengguna lain menghantar kepada anda mesej yang tidak baik atau negatif. Jangan berkongsi maklumat peribadi dalam mesej dengan individu yang lain.

Jangan teragak-agak untuk memblok dan melaporkan pengguna yang menghantar mesej tidak baik dan negatif.

6. Laporkan kandungan yang berunsur negatif

Sila baca Garis Panduan Komuniti untuk mengetahui kandungan atau tindakan apa yang tidak dibenarkan di aplikasi TikTok.

7. Berhati-hati terhadap hak cipta

Hak cipta adalah hak yang dimiliki seseorang untuk menggunakan video, gambar atau kandungan yang lain untuk mengekspresikan idea dan kreativiti.

Hampir kesemua kandungan yang terdapat di internet mempunyai hak ciptaannya. “Posting” atau memuat naik kandungan tanpa izin pemilik hak cipta merupakan pelanggaran hak cipta pemilik tersebut.

8. Berwaspada terhadap akaun dan kandungan palsu

Terdapat banyak video yang dimuat naik di TikTok pada setiap hari. Kadang-kadang terdapat kandungan yang mengejutkan atau palsu yang dihantar untuk menarik perhatian atau mengelirukan segelintir komuniti.

Jika anda melihat kandungan yang mencurigakan, anda boleh melaporkan kepada TikTok. Tetapi, jangan hantar maklumat yang palsu.

9. Kesejahteraan digital

Jika anda melihat kandungan mengenai seseorang yang berada dalam berisiko membunuh diri atau mencederakan diri sendiri, laporkan kepada pihak TikTok.

10. Hubungi pihak TikTok apabila diperlukan

TikTok menguruskan komunitinya untuk memastikan setiap individu berasa selamat 24 jam sehari, 365 hari setahun. Sila hubungi TikTok pada bila-bila masa apabila anda memerlukan bantuan. Boleh email ke [email protected]



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cara mudah ‘menghasut’ isteri rajin memasak
Next: Tucson mewah dan agresif

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.